Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegerai manfaatkan pelbagai wadah hantar makanan dalam talian

Langkah diambil demi kelangsungan perniagaan dalam masa pandemik Covid-19
Jul 26, 2021 | 05:30 AM



Dengan perniagaan terjejas terus disebabkan pandemik Covid-19, sebilangan besar penjaja makanan memanfaatkan wadah penghantaran makanan dalam talian bagi membantu perniagaan mereka terus bertahan. Walaupun kebanyakan mereka memilih berada di dalam satu wadah utama, ada juga yang menggunakan hampir semua wadah tersedia, kerana setiap wadah ini mempunyai ciri tersendiri. Ikuti perkongsian dua penjaja di Pasar dan Pusat Makanan Haig Road serta firma penghantaran makanan halal setempat, Bungkus. BERITA HARIAN juga mendapatkan perkembangan lanjut daripada Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, mengenai usaha pemerintah dalam membantu golongan penjaja ini.



SETIAP wadah khidmat penghantaran makanan dalam talian ibarat pintu rezeki baru yang terbuka luas.



Masing-masing mempunyai manfaat dan ciri-cirinya yang tersendiri.



Apa yang pasti, di tengah-tengah ekonomi yang tidak menentu dek pandemik Covid-19, wadah penghantaran makanan ini sangat membantu syarikat-syarikat dan perniagaan makanan dan minuman (F&B) agar terus menakat.



Sebilangan besar pemilik gerai makanan terutama di pusat penjaja utama telahpun beralih menggunakan wadah khidmat penghantaran makanan dalam talian dan kini dapat merasakan hasilnya.



Pemilik gerai Haji Waliti Haji Mazuki di Haig Road, Encik Misni Waliti, adalah antara penjaja F&B yang telah meraih manfaat daripada pendigitalan ini.



Beliau yang telah meniaga di Pasar dan Pusat Makanan Haig Road selama lebih daripada 40 tahun menganggapnya sebagai menyahut seruan pihak pemerintah untuk membantu penjaja dalam masa yang sukar ini.



"Kami mahu mengikut peredaran zaman. Kami mengambil pendekatan tidak mahu banyak berfikir, sebaliknya banyak bertindak lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang.



"Selagi terdapat peluang tersedia untuk mengembangkan lagi perniagaan kami, kami sedia mengambil langkah menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dunia.



"Alhamdulillah, dengan adanya wadah penghantaran makanan ini, ia banyak membantu perniagaan kami, terutama sewaktu tempoh Pemutus Litar dan sekatan dipertingkat yang lalu," kata Encik Misni, 69 tahun.



Encik Misni akur bahawa pada mulanya beliau berasa teragak-agak untuk beralih kepada dalam talian selepas mendengar beberapa keluhan mengenai masalah seperti bayaran dan komisen yang kini menghalang penjaja menggunakan wadah-wadah tersebut.



Namun, berbekalkan prinsipnya untuk memajukan perniagaan beliau, Encik Misni dengan bantuan isteri dan anak-anaknya, memberanikan diri mencuba wadah penghantaran makanan ini, bermula dengan FoodPanda.



Beliau juga berkata bimbingan daripad Duta Digital (DD) secara perseorangan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai khidmat tersedia bagi penjaja, sangat membantu.



Kini selepas lebih setahun, gerai Encik Misni bukan sahaja memanfaatkan platform FoodPanda, malah beliau telah menyertai empat lagi wadah penghantaran makanan dalam talian.



Selain FoodPanda, perniagaannya kini juga boleh didapati menerusi aplikasi GrabFood, Foodboys dan juga Bungkus.



"Setiap wadah ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat membantu perniagaan makanan kami ini," kata Encik Misni.



Mengambil pendekatan serupa ialah pemilik gerai Hajjah Jamillah Raj Mohamed Indian Muslim Food, Encik Syed Abuthahir.



Menurut Encik Syed, beliau tidak akan menyertai wadah penghantaran makanan tanpa melakukan kaji selidiknya sendiri.



"Sebelum saya menyertai sebarang khidmat penghantaran makanan dalam talian, saya terlebih dahulu akan membuat penilaian apakah kebaikan yang dapat mereka tawarkan.



"Saya akan mendengar penjelasan daripada kakitangan khidmat tersebut yang datang ke gerai kami dan juga mendapatkan pendapat daripada pemilik gerai lain," katanya.



Encik Baru Walia, Ketua Pegawai Operasi (COO) aplikasi Bungkus, akur bahawa sebagai penyedia wadah penghantaran makanan dalam talian, mereka perlu menawarkan khidmat nilai tambahan yang unik dan tidak boleh didapati menerusi jenama besar lain.



Selain menjadi satu-satunya firma penghantaran makanan halal setempat, mereka juga menawarkan khidmat penghantaran makanan ke seluruh negara, dan tidak hanya tertumpu kepada jarak.



Oleh sebab ramai penjaja mereka berpangkalan di pusat penjaja yang kecil, Bungkus dapat memberikan perkhidmatan lebih peribadi, menurut Encik Baru.



Sebagai contoh, bagi peniaga yang kurang mahir menggunakan teknologi, mereka boleh menghubungi kakitangan Bungkus melalui WhatsApp.



"Penjaja ini dapat memberi tahu kami dengan segera jika mereka terlepas pesanan, atau memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan pesanan.



"Kami akan membantu mereka dan membimbing mereka sepanjang mereka bersama kami, jadi mereka tahu tidak ada yang perlu ditakutkan apabila mereka beralih ke arah pendigitalan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >