Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam bukan Muslim turut kendali kes syariah

Beliau punyai pengkhususan dalam bidang Syariah termasuk perceraian, harta pusaka orang Islam
Jul 28, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali peguam Encik Russell Thio bertemu bakal pelanggannya yang ingin mendapat khidmatnya sebagai peguam bagi menguruskan kes cerai, mereka terpinga-pinga dan mungkin menyoalkan kemampuan beliau menguruskan kes mereka.



Reaksi mereka memang boleh dijangkakan kerana sebagai orang Cina dan bukan Muslim, beliau merupakan antara segelintir peguam bukan Islam yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Syariah termasuk perceraian dan harta pusaka dalam kalangan orang-orang Islam.



Tetapi, bagi peguam berusia 30 tahun di firma guaman Emerald Law, ia menjadi satu motivasi baginya untuk terus memberikan keyakinan bagi para pelanggannya bahawa beliau juga dapat mewakili mereka dengan baik.



"Semasa saya menjadi pelatih peguam, saya sudah didedahkan dengan Undang-Undang Syariah. Minat itu berputik tahun demi tahun. Selepas tamat pengajian, saya mempunyai minda terbuka mengenai pengkhususan yang ingin saya ceburi. Apa yang jelas, saya memang minat dalam bidang guaman masyarakat khususnya undang-undang keluarga," kata lulusan guaman dari Universiti Liverpool itu yang dipanggil ke Bar sejak 2019.



Sejak menjadi peguam, beliau telah mengendalikan lebih 100 kes dan biasanya digandingkan dengan seorang lagi peguam dari firmanya termasuk rakan pengurusan bersama Emerald Law, Encik Mohammad Rizuan Mohammad Yasin, yang banyak memberikan tunjuk ajar.



"Bakal pelanggan yang bertemu dengan saya buat pertama kali tentunya terperanjat dan mempunyai wajah yang ragu-ragu. Ia adalah satu cabaran tetapi saya memang suka dicabar untuk memberikan keyakinan mereka. Ibu bapa saya juga pada awalnya tidak begitu menyokong. Mereka lebih suka saya menceburi bidang undang-undang korporat dan komersial," katanya, yang ibu bapanya merupakan penganut Kristian tetapi dirinya tidak menganut sebarang agama.



Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya, beliau banyak membaca bagi memahami prinsip-prinsip Syariah.



Misalnya, beliau mendapati ia amat menarik apabila lelaki Islam yang bercerai tidak dapat menuntut aset bekas isterinya.



Dari sudut faraid, kaum lelaki diberi lebih banyak peruntukan harta di bawah harta pusaka faraid yang disertakan dengan tanggungjawab.



Misalnya, abang yang mendapat lebih banyak peruntukan harta dari adik perempuan perlu menjaga adiknya.



Encik Rizuan menyatakan Encik Thio telah semakin matang dalam mengendalikan kes-kes Syariah.



Dari 11 peguam di Emerald Law, seramai tujuh mempunyai pengkhususan dalam undang-undang Syariah.



Awal tahun ini, firma itu menarik peguam veteran, Encik Ahmad Nizam Abbas yang menjadi rakan kongsi kanan dan ketua Amalan Undang-Undang Keluarga di Emerald Law.



Encik Rizuan dan rakan kongsinya, Keith Hsu mengambil alih firma guaman B Rao & K.S. Rajah dari peguam Encik Fazal Mohd Abdul Karim.




"Semasa saya menjadi pelatih peguam, saya sudah didedahkan dengan Undang-Undang Syariah. Minat itu berputik tahun demi tahun. Selepas tamat pengajian, saya mempunyai minda terbuka mengenai pengkhususan yang ingin saya ceburi. Apa yang jelas, saya memang minat dalam bidang guaman masyarakat khususnya undang-undang keluarga."
- Encik Russell Thio lulusan guaman dari Universiti Liverpool itu yang dipanggil ke Bar sejak 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >