Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam, M3 beri nasihat percuma bagi mangsa gangguan seksual

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



SEKUMPULAN peguam telah menubuhkan kumpulan Defence Guild SG yang akan memberikan nasihat percuma kepada mangsa-mangsa gangguan seksual atau keganasan yang tidak mampu untuk dapatkan bantuan guaman.



Kumpulan tersebut yang diterajui Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim ditubuhkan untuk memberikan nasihat pro-bono dan membantu mangsa gangguan seksual atau keganasan yang tidak mempunyai kemampuan atau tidak layak menerima bantuan guaman.



Dalam masa seminggu selepas tersebarnya berita tentang tinjauan terkutuk melibatkan golongan ustazah, inisiatif itu dapat dilaksanakan dengan penglibatan sekitar 20 peguam pelbagai bangsa.



Ia juga ditubuhkan dengan kerjasama M³ serta rangkaian peguam Lawyers@M³.



Mahkamah Perlindungan Dari Gangguan (PHC) yang baru ditubuhkan juga akan melengkapkan sokongan rangkaian Lawyers@M³ kita yang berkemahiran demi membantu para mangsa.



Menurut Encik Zhulkarnain, menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak memang sesuatu yang dekat di hatinya sejak beliau mula menjadi sukarelawan di Casa Raudha.



Tanpa berlengah, beliau telah mendapatkan bantuan beberapa kawan peguam lain untuk menubuhkan inisiatif tersebut bagi meningkatkan kesedaran ramai tentang perlindungan guaman dan menentang corak pemikiran sedemikian.



"Kawan saya datang daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Saya amat bersyukur mereka sanggup tampil ke hadapan untuk berkhidmat dan menyumbang kepada usaha ini," tulisnya di Facebook.



Mengalu-alukan selain melahirkan rasa bangganya terhadap inisiatif tersebut ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Bersatu teguh, bercerai roboh. Inilah semangat terpuji yang harus kita pupuk dan galakkan dalam kalangan masyarakat kita.



"Ayuh bangkit, bantu pukul canang sekuat-kuatnya tentang khidmat terbaru ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda supaya mereka dapat dibantu secepat mungkin," tulis beliau juga di Facebook.



Encik Masagos juga menggesa masyarakat supaya tampil jika ada yang ingin melaksanakan "usaha murni yang dapat membantu merubah nasib mereka yang memerlukan".



Antara peguam muda yang terlibat dalam usaha murni ini ialah Cik Nur Liyana Mohamed Sinwan, 31 tahun dari firma K&L Gates Straits Law LLC.



Beliau yang sering menguruskan kes berkaitan perceraian berkata beliau tidak berfikir panjang apabila diajak Encik Zhulkarnain untuk sama-sama mengusahakan inisiatif ini.



"Meski terdapat banyak kemajuan dalam beberapa dekad, wanita di Singapura masih lagi menghadapi cabaran seperti diskriminasi, gangguan dan berat sebelah terhadap jantina.



"Seorang wanita mempunyai kuasa tetapi secara kolektif sebagai satu masyarakat, kita dapat memberikan kesan," katanya.



Menurutnya adalah penting untuk para wanita mengetahui undang-undang sekiranya mereka mengalami gangguan sama ada secara dalam atau luar talian.



"Di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (Poha), seseorang yang ingin mendapatkan perintah perlindungan (PO) boleh mendapatkannya dengan lebih cepat, lebih-lebih lagi dengan adanya mahkamah khusus yang ditubuhkan 1 Jun lalu, untuk menangani kes gangguan.



"Ini pastinya akan memberi kelegaan kepada mangsa," katanya.



Bagi mereka yang memerlukan bantuan atau mereka yang ingin membantu, anda boleh ke www.DefenceGuild.sg




“Bersatu teguh, bercerai roboh. Inilah semangat terpuji yang harus kita pupuk  dan galakkan dalam kalangan masyarakat  kita. Ayuh bangkit, bantu pukul canang  sekuat-kuatnya tentang khidmat terbaru  ini kepada keluarga dan kawan-kawan  anda supaya mereka dapat dibantu  secepat mungkin.”
– Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal  Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos  Mohamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >