Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja 24 tahun maut dalam nahas industri di Tampines

Apr 28, 2016 | 11:50 AM



SEORANG lelaki berusia 24 tahun terbunuh dalam satu kemalangan industri di 4 Tampines Industrial Street 62 pada Selasa (26 April).



Sebagai respons kepada pertanyaan, jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata kemalangan itu berlaku di tapak kerja Sunway Concrete Products (S) Pte Ltd, yang mengeluarkan produk konkrit prapasang seperti tiang dan lubang lif.



Dapatan awal menunjukkan pekerja itu sedang membantu memunggah jaring dawai dari lori semasa kemalangan tersebut berlaku.



Beliau mengalami kecederaan maut selepas terkena jaring dawai yang terjatuh semasa diangkat.



MOM berkata ia telah mengarahkan semua kegiatan mengangkat di tapak kerja itu dihentikan, dan siasatan sedang dijalankan.



Jurucakap Sunway Concrete Products memberitahu akhbar The Straits Times lelaki tersebut bukan pekerjanya.



Menurut polis, yang menerima panggilan meminta bantuan pada kira-kira 10.58 pagi, beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Satu pos oleh pengguna Facebook Mano Elangovan, yang dikongsi lebih 4,000 kali sejak petang Selasa, menunjukkan gambar seorang lelaki terbaring di atas tanah manakala pekerja binaan lain berdiri di situ.



Encik Mano menulis bahawa mangsa berasal dari Tamil Nadu, negeri selatan di India.



Awal bulan ini, Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say menegaskan usaha keselamatan sedia ada "tidak cukup baik". Komen beliau dibuat di tengah-tengah 26 kematian di tempat kerja dalam tempoh kurang empat bulan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >