Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja berumur sokong usia sara lebih tinggi, tapi sikap majikan jadi satu hambatan: Tinjauan

Sep 23, 2023 | 08:05 PM



Sekitar sembilan dalam setiap 10 warga Singapura menyokong usia persaraan pada 63 tahun dan ke atas.

Lapan dalam setiap 10 orang pula menyokong usia kerja semula pada 68 tahun dan ke atas, kata satu tinjauan dijalankan baru-baru ini.

Biarpun terdapat hasrat golongan tersebut untuk terus bekerja, lebih separuh ditinjau itu berkata sikap majikan terhadap pekerja berumur, aturan pekerjaan tidak fleksibel dan kesihatan berkait penuaan adalah antara hambatan bagi mereka berbuat demikian.

Demikian dapatan satu tinjauan oleh Kumplan Warga Emas Parti Tindakan Rakyat (PAP.SG) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Wanita dan Keluarga U (U WAF) mengenai isu persaraan dan bekerja semula pada usia senja.

Tinjauan dijalankan sebuah syarikat penyelidikan bebas itu pada Ogos, melibatkan 1,471 pekerja berusia 50 tahun dan ke atas.

Dapatannya didedahkan pada Sabtu sempena sambutan Hari Antarabangsa bagi Orang Lanjut Usia, PAP.SG dengan tujuan mengubah landskap pekerjaan bagi menyokong pekerja usia lanjut.

Berucap semasa acara itu di Hotel Amara dan dihadiri 200 tetamu, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng berkata warga emas sama seperti orang lain, mempunyai aspirasi untuk terus menyumbang kepada Singapura.

“Tiada orang sepatutnya rasa berkurangan atas sebab usia mereka,” katanya, yang juga pengerusi PAP.SG.

Beliau mengumumkan juga peta jalan bagi membina sebuah masyarakat mesra warga emas akan dikeluarkan tahun depan agar dapat mengiktiraf sumbangan dan potensi warga emas.

“Kami bukan sahaja mahu warga emas kami meniti usia tua dengan baik. Kami ingin memanfaatkan kepekaan yang mereka miliki dan memberi penghargaan kepada mereka sebagai ahli penting dalam masyarakat kami,” katanya.


Tinjauan itu mendapati, seramai 61.5 peratus responden mahu mencari peluang memajukan kerjaya mereka sebagai pekerja tua.

65.9 peratus bersetuju bahawa aturan pekerjaan fleksibel akan mempengaruhi keputusan mereka untuk terus bekerja selepas mencapai usia persaraan.

Namun lebih kurang separuh responden (45.7 peratus) akan sarankan tempat kerja mereka kepada warga emas yang sedang mencari kerja baru.

Antara faktor yang disenaraikan sebagai hambatan bagi warga emas terus bekerja ialah kesihatan berkait usia tua dan keupayaan fizikal terhad (54.1 peratus) serta peluang pekerjaan sesuai yang terhad (52.6 peratus).

63.4 peratus peserta menyuarakan keprihatinan terhadap isu diskriminasi usia dan hampir 60 peratus berkata aturan pekerjaan tidak fleksibel serta waktu bekerja yang lama sebagai hambatan daripada meneruskan pekerjaan.


“Jadi persiapan untuk menampung sebuah masyarakat “yang sangat tua” akan memerlukan pelaburan yang melebihi sumbangan pemerintah,” kata Dr Tan.


“Ia akan memerlukan perubahan sikap dan perubahan seluruh masyarakat untuk mencegah tanggapan negatif terhadap penuaan serta stereotaip lama terhadap orang berumur.”


Salah seorang hadirin, Encik Ahmad Zarkashi Sanusi, 56 tahun, yang dipecat daripada jawatan pengurusan kanan pada 2020 dalam industri teknologi maklumat, telah menyertai kursus analisa data pada 2021.

Kini beliau bekerja sebagai penolong pengurus, perniagaan dan analisa data di Chye Thiam Maintenance.

Menurutnya, perjalanan kembali semula bekerja pada usia tua itu memang mencabar.

“Secara realistik, kita harus akur apabila majikan menggajikan pekerja tua, mereka akan dilatih sehingga dua tahun dan selepas itu, pekerja tersebut sudah akan bersara, jadi lebih bermakna untuk mengambil pekerja muda.”

“Jadi sebagai pekerja lebih berumur, kami harus mendapatkan kemahiran baru ... pada masa sama, rancang laluan kerjaya yang boleh menggabungkan kemahiran dahulu dan baru agar dapat kekalkan pekerjaan selepas persaraan dengan bermaruah dan bermakna.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >