Pekerja gig dinasihat perluas ufuk, rebut peluang industri potensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja gig dinasihat perluas ufuk, rebut peluang industri potensi

Bantuan melalui Jawatankuasa Bidang Tumpuan Empat (FA4) dan M Kuasa Tiga (M³)
May 5, 2023 | 5:30 AM

Pekerja gig dinasihat perluas ufuk, rebut peluang industri potensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TINGKATKAN DIRI: Encik Mohd Fahmi Aliman (berdiri) berucap di hadapan 180 pekerja Grab semasa acara 'Eid & Eat 2023' di City Plaza pada Rabu. - Foto FORUM BELIA MUSLIM
TINGKATKAN DIRI: Encik Mohd Fahmi Aliman (berdiri) berucap di hadapan 180 pekerja Grab semasa acara 'Eid & Eat 2023' di City Plaza pada Rabu. - Foto FORUM BELIA MUSLIM -

PEKERJA ekonomi gig dinasihat agar memperluas ufuk dan merebut peluang dalam industri pertumbuhan dengan bantuan Jawatankuasa Bidang Tumpuan Empat (FA4) M Kuasa Tiga (M³).

FA4 merupakan rangka kerja yang bertujuan memberi sokongan dan bantuan kepada pekerja Melayu/Islam, termasuk pekerja platform, wanita yang ingin kembali bekerja, pekerja matang dan belia.

"Ini akan dilakukan melalui peningkatan kemahiran peringkat nasional dan masyarakat serta inisiatif pembelajaran sepanjang hayat yang tersedia untuk pekerja Melayu/Islam (MMO)," kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Beliau berkata demikian di hadapan 180 pekerja gig di acara 'Eid & Eat 2023' di City Plaza pada Rabu anjuran bersama Grab Singapore dan Forum Belia Muslim (MYF).

FA4 juga akan bekerja rapat dengan Grab bagi menyokong pekerja mereka yang ingin keluar daripada kerja platform.

NTUC Learning Hub, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), dan Yayasan Mendaki akan membantu mereka untuk menyertai program pekerjaan dan daya kerja, seperti Program Future Ready.

"Tambahan itu, Yayasan Mendaki akan membantu mengukuhkan jangkauan kepada pekerja Melayu/Islam.

"Penasihat Penjagaan ditempatkan di lima Pusat Satelit Mendaki dan tiga Ruang Belia di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk memberi bimbingan dan bantuan kerjaya.

"Ini dilakukan melalui pengenalpastian program latihan yang sesuai dan memudahkan peluang pekerjaan," tambah Encik Fahmi.

Sambil memberi perkhidmatan kepada pelbagai pekerja Melayu/Islam dan pencari kerja, FA4 juga akan melihat kumpulan tertentu seperti peserta Program Wanita Kembali Bekerja demi membantu mereka transit ke sektor pertumbuhan.

"Saya berbesar hati untuk menyaksikan penyertaan rakan kongsi yang dihormati dalam acara perayaan ini.

"Kehadiran mereka menandakan satu peristiwa penting dalam kerjasama yang luar biasa antara Grab dengan M3 yang bertujuan memudahkan pembangunan profesional pekerja platform dengan memperkasa mereka bagi memanfaatkan program pekerjaan dan daya kerja nasional, serta inisiatif Future Ready.

"Tidak dinafikan, ini menandakan permulaan luar biasa ke arah meningkatkan mobiliti sosial masyarakat Melayu/Islam," ujar pengasas bersama MYF, Encik Mohamed Shah Reza.

Acara makan tengah hari 'Eid & Eat 2023' itu diadakan sempena sambutan Hari Raya bagi menghargai sumbangan pekerja Grab yang bekerja tanpa jemu.

"Yayasan Mendaki akan membantu mengukuhkan jangkauan kepada pekerja Melayu/Islam. Penasihat Penjagaan ditempatkan di lima Pusat Satelit Mendaki dan tiga Ruang Belia di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk memberi bimbingan dan bantuan kerjaya. Ini dilakukan melalui pengenalpastian program latihan yang sesuai dan memudahkan peluang pekerjaan." - Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg