Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran dihargai sempena Aidilfitri

Hidangan dan hadiah istimewa diagih kepada pekerja migran dalam acara tahunan anjuran badan bukan pemerintah
May 15, 2021 | 05:30 AM



SEKATAN pergerakan Covid-19 diketatkan lagi, namun, lebih daripada 2,600 pekerja migran di 30 dormitori masih dapat menikmati hidangan istimewa dan juga kain sarong percuma untuk menandakan Hari Raya Aidilfitri kelmarin.



Pengedaran perayaan secara tahunan yang dianjurkan oleh Alliance of Guest Workers Outreach (AGWO) menggunakan pengagihan tanpa sentuhan untuk menjaga langkah keselamatan untuk memerangi wabak Covid-19 yang baru di kalangan penduduk dormitori.



Timbalan Mufti Majlis Agama Islam Singapura (Muis) Ustaz Mohammad Hannan Hassan telah mengunjungi dormitori yang terletak di Tuas, di mana sebanyak 100 bento makanan dan kain sarong diagihkan.



Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembinaan atas kerjasama mereka dalam memastikan kes-kes jangkitan tetap rendah, lapor The Straits times.



"Sebelum Covid-19, pada Hari Raya, mereka akan berada di padang bermain kriket dan bergembira bersama rakan-rakan mereka, tetapi hari ini (ia tidak boleh dilakukan), jadi kami ingin bersama mereka dalam masa yang mencabar ini dan mendorong mereka untuk terus bersemangat," tambahnya.



Meskipun begitu, beliau juga menyatakan bahawa Hari Raya tahun ini lebih baik dari tahun lalu, di mana musim perayaan jatuh ditengah-tengah tempoh pemutus litar Singapura, ketika langkah-langkahnya lebih ketat dan kebanyakan pekerja hanya berada di tempat tinggal mereka.



"Tahun lalu, kami tidak dapat bertemu atau menunaikan solat subuh bersama.



"Tahun ini lebih baik, walaupun masih terhad, dan kami sangat bersyukur.



"Kami memahami bahawa semua orang ingin keluar dan kunjung -mengunjung, tetapi kita sudah melakukan ini selama setahun.



"Jadi mari kita bersama-sama terus melakukan perkara ini dan bersabar," kata Dr Hannan.



Presiden Hope Initiative Alliance, Reverend Ezekiel Tan memuji 98 penghuni pekerja dormitori Tuas atas sumbangan mereka kepada pembangunan Singapura:



"Kami berada di sini untuk membawa semangat masyarakat kepada pekerja-pekerja ini yang telah berkorban untuk berada di Singapura, meninggalkan keluarga dan rakan mereka.



"Kami ingin menunjukkan penghargaan kepada mereka dan juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka dalam menjaga keselamatan Singapura.



"Tanpa sumbangan mereka, industri pembinaan akan lebih tertunda dan terhalang dalam proses pemulihannya."



Menjelang Hari Raya Aidilfitri, AGWO juga telah berusaha untuk menyampaikan makanan isitmewa dan hadiah kepada pekerja-pekerja di 14 dormitori yang kebanyakannya masih "terkurung" di dormitori mereka kecuali untuk ke kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >