SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pekerja M'sia terkandas boleh tumpang tidur di Dewan Sukan Jurong East

Pekerja M'sia terkandas boleh tumpang tidur di Dewan Sukan Jurong East

Mar 19, 2020 | 4:10 PM

Pekerja M'sia terkandas boleh tumpang tidur di Dewan Sukan Jurong East

PENGINAPAN SEMENTARA: Beberapa pekerja Malaysia mendaftarkan diri untuk menginap di Dewan Sukan Jurong East pada malam Rabu (18 Mac).
PENGINAPAN SEMENTARA: Beberapa pekerja Malaysia mendaftarkan diri untuk menginap di Dewan Sukan Jurong East pada malam Rabu (18 Mac). - Facebook Grace Fu

PEKERJA Malaysia yang tidak mempunyai tempat tinggal sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan boleh menumpang di Dewan Sukan Jurong East.

Di dewan itu, nama mereka akan didaftar dan mereka akan diberi pek berisi barangan seperti keperluan mandi, tuala, kertas tandas dan beg tidur.

Mereka boleh mandi dan bersiap di situ sebelum ke kerja.

Dalam satu kiriman di Facebook pada Khamis (19 Mac), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, berkata orang ramai boleh menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sekiranya mereka tahu akan warga Malaysia yang memerlukan penginapan sementara.

Beliau mengongsi beberapa gambar pasukan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang menjaga kebajikan pekerja Malaysia yang menginap di dewan sukan itu pada malam pertama perintah sekatan dikuat kuasa.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg