Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerjaan jagaan kesihatan akan berubah sedang sektor jalani perubahan besar: Ye Kung

Akademi baru NUHS dilancar bagi pekerja sektor tingkat kemahiran
Aug 10, 2023 | 06:05 PM



Sistem penjagaan kesihatan di Singapura kini menjalani perubahan besar yang akan memerlukan setiap pekerja sektor menyesuaikan diri kepada tanggungjawab dan tugas yang terus berubah.

Berkata demikian, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menekankan pentingnya menyediakan program latihan bagi memastikan pekerja sektor itu dapat kekal relevan dan dibimbing mempertingkat kemahiran.

Oleh itu, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) melancarkan institusi pendidikan yang menggabungkan program pembangunan tenaga kerja profesional bagi sektor penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

Berucap di pelancaran NUHS Academy di NUHS di Kent Ridge pada Khamis, Encik Ong berkata kemahiran dan produktiviti antara isu utama yang sering menjadi tumpuan pemerintah, majikan dan kesatuan.

“Sedang sistem penjagaan kesihatan menjalani transformasi besar, saya menjangka tugas pekerja bidang itu – sebagai jururawat, pegawai khidmat pesakit bersekutu, ahli farmasi – terus berubah.

“Pada pendapat saya, peluang ada sebaik saja kita pindahkan penjagaan kesihatan daripada persekitaran akut, seperti dari hospital, ke penjagaan masyarakat.

“Tugas dan tanggungjawab akan berkembang dan latihan akan diperlukan untuk mempersiap pekerja penjagaan kesihatan masa depan kita bagi memenuhi tanggungjawab serta tugasan baru ini,” ujar Encik Ong.

NUHS Academy ialah akademi pertama yang ditubuhkan dalam kluster khidmat penjagaan kesihatan awam dan menggunakan pendekatan tiga pihak – pemerintah, pengurusan dan kesatuan – dalam membangun dan menyediakan program latihan bagi semua kumpulan pekerja, merangkumi kursus pensijilan dan program akreditasi.

Programnya mula beroperasi pada April 2023 dan sekitar 8,000 kakitangan NUHS telah meraih manfaat daripadanya, menurut jurucakap NUHS.

Buat masa ini, programnya ditawarkan hanya kepada kakitangan NUHS, namun ada rancangan untuk membukanya kepada pekerja penjagaan kesihatan lain.

NUHS Academy ditubuhkan bersama Akademi Penjagaan Kesihatan Gerakan Buruh (HCA) – yang terdiri daripada Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSEU), NTUC Learning Hub, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i) – serta rakan kongsi lain daripada agensi awam dan swasta dan institut pengajian tinggi.

Dengan memanfaatkan rangka kerja kemahiran teknikal, teknologi perubatan, proses dan sistem mantap, akademi itu akan membangunkan bidang pengetahuan dan amalan klinikal baru dengan bantuan pakar, menurut kenyataan yang dikeluarkan NUHS dan HCA pada Khamis.

Mengenai pendekatan tiga pihak itu, Timbalan Ketua Eksekutif NUHS, Encik Chua Song Khim, berkata: “Akademi NUHS menggunakan pendekatan tiga pihak merangkumi pemerintah, pengurusan dan kesatuan yang bekerjasama bagi membina ekosistem kukuh, inklusif dan menyeluruh untuk mempertingkat kemahiran, keupayaan dan tahap profesionalisme tenaga kerja penjagaan kesihatan, rakan kongsinya serta mereka yang ingin menceburi sektor ini.”

Akademi itu merangkumi empat pusat: Pusat Kecemerlangan Perubatan, Pusat Kecemerlangan Kejururawatan, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Bersekutu dan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan dan Tenaga Kerja. Kesemua pusat menawarkan laluan pembelajaran, rangka kerja kemahiran dan program keupayaan berbeza bagi membantu karyawan penjagaan kesihatan mempertingkat kemahiran, menurut NUHS dan HCA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >