Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ITE Melayu wanita termuda di S'pura dapat lesen juruterbang

Jan 21, 2020 | 05:30 AM



SEBUAH laporan akhbar mengenai seorang wanita Melayu Singapura menjadi juruterbang menyuntik seribu harapan bagi Haazeqah Nur Atikah Abdullah mengikut jejaknya.



Ketika itu, usianya baru 14 tahun. Kini, dalam masa hanya tiga tahun dan pada usia 17 tahun, citacitanya menjadi juruterbang tercapai.



Haazeqah menerima Sijil Juruterbang Rekreasi (RPC), atau Lesen Juruterbang Rekreasi (RPL), daripada sekolah penerbangan swasta Aeroviation Singapore baru-baru ini.



Dengan lesen itu, beliau boleh memandu pesawat jenis enjin tunggal yang mempunyai berat maksimum 600 kilogram.



Haazeqah dipercayai merupakan wanita termuda di Singapura mendapat lesen juruterbang.



Pelajar tahun dua jurusan teknologi aeroangkasa di Institut Teknologi Teknikal (ITE) Kolej Central itu sudah lama memendam hasrat memiliki lesen juruterbang.



"Saya amat bangga kerana dapat mencapai matlamat peribadi saya setelah sekian lama,'' ujar Haazeqah, yang menyertai Aeroviation Ogos lalu dan menjalani latihan asas selama lima bulan.



Kos mendapatkan lesen juruterbang di sekolah itu sekitar $10,000.



Haazeqah mula merancang bersama ibu bapanya tentang masa depannya sebagai juruterbang ketika di menengah dua.



Keputusannya menyertai jurusan teknologi aeroangkasa di ITE selepas peperiksaan GCE peringkat 'N' memacak minatnya dalam bidang aeroangkasa dan mendorongnya mendaftar di Aeroviation.



Untuk mendapatkan RPC, Haazeqah perlu lulus dua tahap latihan juruterbang yang memakan masa lima bulan.



Namun, landasan yang Haazeqah lalui bukan mudah.



"Sebenarnya, susah juga mencari keseimbangan antara menimba ilmu di ITE dan sekolah penerbangan. Hampir setiap hari, selepas sekolah, saya akan bergegas ke Aeroviation untuk kelas teori saya,'' katanya.



Tetapi sebagai pelajar aeroangkasa, agak mudah baginya memahami konsep teori yang diajar pada tahap pertama di Aeroviation.



Usaha gigih akhirnya membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke tahap seterusnya di Australia. Beliau menghabiskan masa sebulan belajar memandu pesawat di sana.



"Penerbangan kali pertama saya menakutkan tetapi pada masa sama, ia cukup menggembirakan kerana saya dapat merasakan setiap pengerakan pesawat yang saya pandu," ujar Haazeqah, mengimbas kembali kenangan itu.



Menurut anak tunggal itu, beliau mendapat sokongan padu daripada keluarganya.



Sebagaimana beliau mendapat inpirasi daripada wanita lain, kini Haazeqah berharap menjadi pendorong bagi wanita lain mencapai cita-cita mereka "walaupun ia setinggi gunung".



"Sekarang, saya mempunyai matlamat hidup baru. Saya berharap untuk terus bekerja keras dalam tempoh dua tahun ini untuk mencapai Lesen Juruterbang Komersial (CPL) yang akan membolehkan saya memandu pesawat lebih besar,'' kata Haazeqah, penuh semangat.



Laporan lanjut: Buka sekolah penerbangan untuk golongan muda




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >