Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar meninggal lepas terlibat dalam nahas dengan treler

Jun 02, 2021 | 06:20 PM



RANCANGAN berbasikal sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi bagi Muhammad Nur Shazly Mohd Ali, 14 tahun.


Bekas pelajar Sekolah Menengah Damai itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler di Marine East Drive pada 31 Mei.


Allahyarham Nur Shazly sedang menunggang basikal bersama dua orang kawannya pada ketika itu.


Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) polis berkata ia diberitahu akan kemalangan maut tersebut pada sekitar 4.25 petang.


Pemandu treler lelaki berusia 37 tahun telah ditangkap kerana disyaki memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.


Siasatan sedang dijalankan.


Jenazah telah dibawa pulang ke rumah nenek dan makciknya di Bedok pada Selasa (1 Jun) dan dikebumikan pada sekitar 4 petang.


Berita mengenai kemalangan itu dikongsi secara meluas di media sosial, dengan pos utama mengenainya menerima lebih lebih 2,000 perkongsian, 1,800 reaksi dan hampir 1,000 komen berupa doa dan ucapan takziah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >