Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NUS jadi penterjemah relawan bagi pekerja asing

May 18, 2020 | 10:56 AM



IA bermula dengan Profesor Madya Leong Ching, dekan pelajar di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Beberapa minggu lalu, beliau mendapat tahu tentang permintaan seorang doktor bagi terjemahan bahasa Bengali dan Tamil.


Universiti itu menanya badan pelajarnya dan kini mempunyai seramai 40 hingga 50 sukarelawan - rata-rata pelajar antarabangsa - untuk membantu menangani keperluan terjemahan, biasanya bagi pekerja asing di tengah-tengah pandemik Covid-19.


Pelajar itu fasih berbahasa Bengali, Burma, Cina, Tamil, Telugu, Thai dan Bahasa Indonesia.


Profesor Madya Ho Han Kiat, naib dekan pelajar NUS, berkata: "Terdapat permintaan daripada doktor yang bertanya sama ada kami mempunyai orang yang dapat membantu dengan terjemahan.


"Kami merasakan terdapat keperluan yang semakin meningkat di kalangan pekerja asing dalam beberapa minggu lalu, dan ini juga adalah cara untuk mendampingi pelajar antarabangsa kami secara bermakna."



Pelajar-pelajar itu kini berada di dalam kumpulan sembang Telegram di mana permintaan penterjemahan dihantar.



Kata Prof Ho: "Apabila pertanyaan masuk, siapa sahaja yang mempunyai jawapan akan membantu. Ia mungkin untuk segera terjemah frasa, atau mengirim klip suara."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >