Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Politeknik S'pura guna seni sebar mesej antidadah

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH pemasangan seni untuk menyampaikan mesej antidadah kepada para belia di sini telah dilancarkan semalam.



Inisiatif ini merupakan kolaborasi pelajar pertama Biro Narkotik Pusat (CNB) yang menggunakan teknologi pemetaan unjuran bagi tujuan Pendidikan Pencegahan Dadah (PDE) yang sedang dilaksanakan biro itu.



Dinamakan Monomania, pemasangan seni itu, yang dikonsep sepenuhnya oleh pelajar Politeknik Singapura (SP), berdasarkan jalan cerita fiksyen mengenai seorang atlet muda berbakat besar yang menjadi mangsa penyalahgunaan dadah.



Ia dihasilkan oleh dua pelajar tahun akhir Diploma Kesan Visual dan Grafik Gerakan di Sekolah Media, Seni dan Desain SP, Cik Lumna Chitrakar dan Cik Crsytel Chia, kededuanya 20 tahun.



Pasangan itu menggunakan teknik pemetaan unjuran dan kesan grafik gerakan untuk mensimulasikan ruang realiti terimbuh dengan memancarkan gambar maya kepada objek sebenar.



Bentuk seni kontemporari itu dipilih untuk memberikan nafas baru kepada penyampaian mesej antidadah agar dapat menarik minat golongan muda.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya di majlis pelancaran di SP semalam, berkata:



"Mungkin ada yang menganggapnya hipotetis, tetapi saya ingin berkongsi dengan anda bahawa ia memang nyata, dan saya telah melihat bagaimana impian dan cita-cita hancur dan terganggu oleh dadah. Jadi, apa yang anda buat adalah sangat penting.



"Mudah-mudahan, melalui inisiatif sedemikian, anda dapat mendekati rakan sebaya anda dan ia dapat menyelamatkan mereka daripada kesan berbahaya dadah."



Selain Monomania, CNB juga bekerjasama dengan pelajar SP untuk beberapa projek lain.



Antaranya, CNB bersama sekumpulan pelajar tahun akhir daripada Diploma Kesan Visual dan Grafik Gerakan sedang menghasilkan sebuah siri filem animasi pendek mengenai kesan bahaya dadah pada badan dan minda, dan kesan sosial terhadap penyalahgunaan dadah.



CNB juga telah bekerjasama dengan pelajar Diploma Muzik dan Teknologi Audio Amirul A'kasah untuk menghasilkan lagu antidadah bertajuk #Struggle, beserta muzik video, yang dilancarkan Februari tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >