Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar SG diserang lelaki dengan pisau di London

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pelajar Singapura diserang oleh seorang lelaki dengan sebilah pisau, yang cuba merampas basikalnya di London.



Encik Raymond Hing, 21 tahun, melarikan diri dengan luka di mukasetelah terjatuh ke lantai ketika berbasikal di Leicester Square kira-kira 1 pagi.



Menurut laporan The Straits Times (ST), kejadian itu dirakam oleh Youtuber Britain Sherwin, yang membantu menangkis serangan penyerang tersebut.



Hanya dikenali sebagai Sherwin, beliau secara kebetulan sedang melakukan siaran langsung berjalan-jalan di pusat bandar London pada 10 April lalu ketika beliau mendengar jeritan Encik Hing meminta bantuan.



Video yang telah ditonton sebanyak 155,000 kali, menunjukkannya bergegas untuk membantu pelajar itu, yang terlantar di lantai dan berdarah akibat luka di mukanya.



Penyerang itu dilihat cuba mencuri basikal Encik Hing sebelum melarikan diri ketika ramai orang berkumpul.



Encik Hing pula dilihat menjerit meminta tolong dan menyuruh orang menelefon polis beberapa kali.



Selepas lebih seminggu kejadian itu berlaku, beliau berkata:



"Saya sudah sembuh dan saya berasa lebih baik - masih hidup dan bertenaga."



Encik Hing berkata beliau tidak menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di London kerana beliau sudah sembuh dan tidak memerlukan bantuan.



Sherwin menyatakan ia merupakan pengalaman yang tidak dijangka ketika menceritakan kejadian itu kepada agensi berita Insider:



"Ketika saya bergegas, rasa gelisah dan takut menyelubungi saya.



"Saya benar-benar berharap, jika ada, kisah saya memberi inspirasi kepada orang-orang untuk berasa tidak takut.



"Untuk cuba campur tangan, dan menghentikan senario yang tidak baik daripada berubah menjadi (buruk) atau mengakibatkan kematian."



Setelah menelefon perkhidmatan kecemasan, Encik Hing dilihat dalam video meminta bantuan dan menggambarkan penyerang setinggi 1.7 meter dan memakai jaket biru.



"Ini adalah cubaan membunuh, dia bersenjata dan berbahaya," katanya.



Polis Metropolitan menyatakan mereka menerima panggilan telefon pada 12.49 tengah malam "untuk laporan percubaan rompakan di Whitcomb Street," menurut laporan Insider.



"Pegawai telah menghulur bantuan dan dilaporkan bahawa seorang lelaki berusia 21 tahun telah diserang oleh seorang lelaki yang cuba mencuri basikalnya," kata seorang jurucakap.



"Mangsa dirawat oleh Perkhidmatan Ambulans London di tempat kejadian. Dia menolak rawatan lanjut."



Jurucakap itu menambah: "Pegawai telah memeriksa kawasan tersebut, namun suspek tidak dijumpai. Tiada tangkapan dilakukan."



Pada Februari tahun lalu, seorang pelajar Singapura, Encik Jonathan Mok, 23 tahun, diserang oleh sekumpulan remaja di London dalam serangan bermotifkan perkauman.



Seorang budak lelaki berusia 16 tahun kemudian dikenakan hukuman 18 bulan pemulihan belia oleh mahkamah Britain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >