Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon Indonesia dakwa duitnya dicuri Aliff Aziz

Jun 19, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS bercerai baru-baru ini, penyanyi Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi lagi apabila didakwa mencuri duit pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri, baru-baru ini.



Menurut laporan di laman web haluankepri.com, kejadian itu berlaku di Clarke Quay pada Hari Raya ketiga 7 Jun lalu.



"Ketika berada di Clarke Quay, saya menyedari wang (dolar Singapura dan rupiah) saya hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter.



"Ketika membuat bayaran saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.



"Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya.



"Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya," dakwanya.



Yunika telah melaporkan kejadian itu kepada polis.



Laporan polis yang dibuatnya itu turut dimuatnaikkan ke laman web haluankepri.com.



Menurut laporan itu, kejadian berlaku antara 1 dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu di lokasi dengan poskod 238910.



Yunika berkata beliau mengenali Aliff menerusi Instagram selama sekitar sebulan sebelum kejadian itu.



Ketika dihubungi Berita Harian, jurucakap polis mengesahkan laporan itu telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.



Apabila dihubungi, ibunya Cik S Hafiza Basharahil berkata beliau tiada apa-apa kenyataan untuk dibuat pada masa ini.



"Kami sendiri tidak pasti kerana Aliff tidak duduk bersama kami buat masa ini," ujarnya.



Apabila akhbar ini cuba menghubungi pengurus Aliff yang dikenali sebagai Joey, beliau enggan mengulas dan sekadar berkata: "Tiada komen."



Difahamkan, Aliff telah ditangkap polis.



- Laporan tambahan oleh NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >