Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan OCBC hilang $120,000 dalam kes penipuan pesanan teks palsu; seorang lagi hilang $250,000

Jan 08, 2022 | 03:27 PM



SEORANG lelaki dan isterinya mengambil masa lima tahun untuk menyimpan sekitar $120,000 tetapi dalam masa 30 minit, sekumpulan penipu yang menggunakan pesanan teks palsu mencuri wang yang mereka simpan dalam akaun simpanan bersama OCBC.



Pasangan berusia 20-an tahun itu adalah antara sekurang-kurangnya 469 orang yang dilaporkan menjadi mangsa penipuan memancing data melibatkan OCBC Bank dalam tempoh dua minggu terakhir Disember tahun lalu.



Keseluruhannya, semua mangsa penipuan ini kehilangan sekitar $8.5 juta.



Ketika dihubungi The Straits Times, mangsa yang enggan mendedahkan identiti mereka, berkata mereka telah menyimpan wang tersebut untuk membangun keluarga mereka. Mereka tidak dapat memperolehi semula wang mereka.



Si suami bekerja dalam sektor e-dagang manakala si isteri pula dalam industri layanan tamu. Lelaki itu menjelaskan beliau menerima pesanan pancingan data dengan pautan sekitar tengah hari pada 2 Disember tahun lalu.



Pesanan itu mendakwa seorang penerima yang tidak dikenali telah ditambah pada akaun pasangan ini dan mengarah si suami untuk klik pada pautan itu jika ia tidak disahkan olehnya.



"SMS itu kelihatan seperti ia datang daripada OCBC dan merupakan dalam sejarah sembang SMS yang biasa daripada OCBC bagi kegunaan khidmat perbankan yang sebenar," cerita lelaki itu.



"Pautan itu membawa saya masuk ke dalam laman yang kelihatannya seperti halaman logmasuk OCBC," jelas lelaki itu lagi.



Beliau kemudian memasukkan keterangan akaunnya dan tanpa disedari menyerahkan kawalan penguasaan keseluruhan akaun itu kepada si penipu.



Mereka menyedari mereka ditipu hanya apabila lelaki itu menerima pesanan SMS daripada bank yang memaklumkan perubahan dan transasksi melibatkan akaunnya yang berlaku lebih awal sebelum itu.



Lelaki itu menunjukkan kepada The Straits Times sejarah pesanan teks yang diperolehi. Menurut cap masa yang tertera, bank itu mengirimkannya amaran sekitar 2 petang tetapi beliau menerimanya melepasi 6 petang.



"Kalaulah kami menerima pesanan pemberitahuan itu tepat pada masanya, kami mungkin dapat bertindak lebih cepat dan mungkin dapat menghubungi pasukan yang relevan sewaktu hari bank itu beroperasi untuk hentikan transaksi itu," katanya.



Selepas dilaporkan berita bahawa orang lain juga ditipu, pasangan ini mengambil keputusan untuk memulakan kumpulan buat mangsa dalam usaha mendapatkan jawapan secara kolektif.



Jumlah wang simpanan mereka bagaimanapun bukanlah yang terbanyak dicuri dalam kes penipuan ini.



Seorang jurutera sofwe berusia 38 tahun turut terjerat dengan penipuan yang serupa pada 28 Disember. Beliau memberitahu The Straits Times dirinya kehilangan sekitar $250,000 yang disimpan sejak 2010. 



Bapa seorang anak kecil dengan keperluan khas itu berkata kehilangannya terasa memeritkan dengan beliau menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarganya.



"Ia merupakan keadaan yang memeritkan serta membawa impak pada keseluruhan kehidupan saya. Saya tak tahu terdapat penipuan yang sedang berlaku...bagaimanalah saya tahu?" jelasnya.



Lapan mangsa menghubungi The Straits Times untuk berkongsi rasa bingit mereka.



Menjawab pertanyaan daripada The Straits Times, Ketua Keselamatan Korporat Kumpulan di OCBC Bank, Encik Francisco Celio, berkata pihaknya membantu mereka yang terjejas.



"Kes penipuan memancing data menerusi SMS ini melibatkan penyamaran si penipu sebagai OCBC dan tertumpu pada usaha menakut-nakutkan pelanggan mengenai akaun bank peribadi mereka.



"Langkah yang dibuat ini agak kasar dan sangat canggih dalam menipu pelanggan agar mendedahkan butiran perbankan peribadi mereka walaupun telah diberi amaran berulang bank untuk berwaspada dan tidak melakukannya," jelasnya.



Bank itu menambah ia telah menghentikan rancangan untuk secara beransur-ansur meniadakan token perkakasan fizikal menjelang Mac tahun ini dan berhenti mengirim SMS dengan pautan di dalamnya melihat pada kejadian penipuan pancingan data ini.



OCBC melancarkan sistem pemantauan penipuan pada 2016 dan menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu mengesan dan dengan segera menghentikan transaksi penipuan yang kemudian disemak penganalisis penipuan.



Ia juga melaksanakan sistem perisian hasad pada 2019. Ia dapat mengenal pasti alat apa yang mengakses khidmat perbankan yang disediakan.



Encik Celio menambah sistem perbankan OCBC kekal selamat dan tidak digodam.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >