Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelantikan Presiden baru diharap perkukuh lagi kedudukan Muis

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN masyarakat Melayu/Islam melahirkan sokongan dan keyakinan mereka dengan kepimpinan Encik Saat Abdul Rahman sebagai Presiden baru Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Keupayaan kepimpinan Encik Saat dapat dilihat dengan pengalamannya yang luas dalam landskap masyarakat Islam setempat.



Lantaran itu, beberapa pemimpin pertubuhan Melayu/Islam (MMO) yang dihubungi Berita Minggu (BM) berharap dengan pelantikan beliau, ia dapat membantu meletakkan Muis dalam kedudukan yang lebih kukuh lebih-lebih lagi dalam memenuhi keperluan dan harapan masyarakat.



Encik Saat, 60 tahun, akan mengambil alih jawatan daripada Haji Mohammad Alami Musa, 65 tahun, mulai 7 Ogos nanti.



Beliau akan menjadi Presiden Muis yang kesembilan.



Memberi pandangannya, Timbalan Presiden Anggota Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor berkata pelantikan Encik Saat merupakan satu langkah yang baik dan tepat pada masanya.



Beliau berkata dengan pengalaman yang dibawa bersama oleh Encik Saat, ia dapat membantu membawa Muis ke tahap baru terutama dengan cabaran semasa.



"Muis adalah institusi yang sangat penting dan kritikal bagi masyarakat kita.



"Oleh itu, dengan norma masa kini di mana maklumat dapat disebarkan secara meluas menerusi media sosial dan juga jangkaan dari masyarakat terhadap perhubungan secara langsung serta penglibatan yang mendalam, Encik Saat, dengan latar belakang dan pengalamannya, mampu memberikan dimensi dan perspektif baru terhadap cara institusi itu dapat menjangkau dan mendekati masyarakat dengan lebih baik," katanya.



Menurut Presiden baru Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Nassar Mohamad Zain, pengalaman Encik Saat di dalam industri media serta pandangan luas dan mendalam dalam landskap masyarakat Islam setempat akan menambah nilai kepada kemaslahatan masyarakat Singapura secara am.



Bersependapat, pengerusi Casa Raudha, Cik Shahrany Hassan berkata sebagai editor Berita Harian (BH), Encik Saat memahami akan keperluan masyarakat dan dengan itu dapat membantu membawa masyarakat Melayu/Islam ke hadapan.



Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim pula berkata pemahaman yang mendalam Encik Saat tentang masyarakat setempat akan membuka jalan untuk kerjasama dan perpaduan yang lebih erat antara Muis dan organisasi Melayu-Muslim.



Mengalu-alukan pelantikan Encik Saat sebagai presiden baru Muis, Pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion, berkata beliau "berharap pelantikan beliau akan terus meningkatkan lagi sumbangan Muis di dalam pembangunan masyarakat Islam Singapura dan merapatkan lagi hubungan dengan badan-badan Melayu/Islam di sini".



Berkongsi harapan yang sama, Presiden Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Ameerali Abdeali berharap Muis dengan peralihan kepimpinan itu dapat terus mempertingkatkan kehidupan golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat selain mempromosikan hubungan antara agama yang harmoni di antara pelbagai kumpulan agama di Singapura.



Beliau berkata: "Muis seperti lembaga berkanun yang lain, perlu bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan terutama organisasi Melayu/Islam kita.



"Dalam hal ini, Encik Saat mempunyai kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya dari kami untuk menjadi bukan hanya pemimpin yang baik tetapi juga ahli kumpulan atau 'team player' bagi kepentingan masyarakat kita.



"Tidak diragukan lagi, beliau akan terus membina kemajuan Muis dan memperkukuhkan lagi kedudukan Muis bukan hanya dalam landskap masyarakat Islam tetapi juga sebagai harapan negara kita."



Penghargaan terhadap sumbangan besar Haji Alami, yang akan mengundurkan diri selepas 18 tahun berkhidmat sebagai presiden Muis, turut dicurahkan wakil-wakil MMO setempat lain.



Cik Hazlina berkata Haji Alami telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hubungan masyarakat dan keharmonian agama.



"Kehadiran beliau di Muis juga telah membantu menetapkan prinsip panduan bagi masyarakat Melayu/Islam kita menjalani kehidupan beragama dengan aman di dalam negara silang budaya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >