Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERWAKILAN BIASA NTUC 2021

Pelbagai kursus pembangunan peribadi, kepimpinan ditawar melalui aplikasi baru

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH aplikasi pembelajaran dalam talian baru yang membolehkan pekerja mengikuti kursus latihan dengan mudah melalui telefon bimbit mereka telah dilancarkan semalam.



Dipanggil Platform Pengalaman Pembelajaran (LXP), pekerja boleh melanggani aplikasi kendalian Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC LHUB) itu untuk mendapatkan akses kepada lebih 75,000 kursus dalam pelbagai kemahiran dan bidang.



Ini seperti kemahiran dalam pembangunan peribadi dan kepimpinan, dan dalam bidang baru seperti pengekodan dan blok rantai (blockchain).



Aplikasi itu turut melengkapi usaha Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) gerakan pekerja dalam bekerjasama dengan syarikat untuk mengubah perniagaan dan tenaga kerja mereka ke arah Industri 4.0 dan Pekerja 4.0 yang memanfaatkan teknologi bijak dan canggih.



Platform baru itu telah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Dr Robert Yap; Presiden NTUC, Cik Mary Liew; dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, semasa Persidangan Perwakilan Biasa 2021 NTUC semalam.



Encik Heng dalam ucapannya di persidangan itu berkata LXP boleh dilihat sebagai versi pendidikan dan latihan berterusan (CET) Ruang Pembelajaran Pelajar - sebuah laman pembelajaran dalam talian yang digunakan kanak-kanak bersekolah.



"Pekerja kita juga boleh belajar bersama, dan menggalak satu sama lain.



"Pasukan LXP sedang menambahkan jenis tawaran untuk memenuhi keperluan khusus pekerja kita dengan lebih baik - dengan kerjasama perusahaan setempat, syarikat berbilang negara, dan penyedia kandungan antarabangsa," kata beliau.



Sebahagian kursus yang ditawarkan akan membolehkan pekerja meraih pensijilan kemahiran dan kelayakan mikro, tambah Encik Heng.



Pakej langganan tahunan bagi LXP berharga $10 sebulan. Bagi anggota kesatuan, harganya ialah $5 sebulan selepas diberi subsidi oleh NTUC dan LHUB.



Rakyat Singapura yang layak boleh menggunakan Kredit SkillsFuture mereka untuk membiayai kos langganan tahunan itu.



Encik Ng berkata LXP itu merupakan satu pendaya digital tambahan dalam ekosistem CTC, yang akan membolehkan pekerja "belajar di mana-mana saja, pada bila-bila masa di telefon bimbit anda".



"Sejumlah kursus sudah pun mendapat pentauliahan dari institut pengajian tinggi (IHL) dan kami berharap lebih banyak IHL akan menyertai usaha ini untuk menjadikan pembelajaran seronok, mudah diakses dan boleh dimampui semua pekerja," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC LHUB, Encik Jeremy Ong, berkata pihaknya bangga dapat mengendalikan LXP sebagai sebahagian usaha lebih luas kerjasama tiga pihak untuk membolehkan pekerja dan syarikat mempertingkat kemahiran supaya dapat kekal relevan dan berdaya saing dalam dunia baru.



"Sebagai penyedia latihan terbesar Singapura, kami akan terus teguh dalam usaha menyediakan huraian digital yang boleh dimampui dan boleh dinilai yang mempertingkat perjalanan pembelajaran sepanjang hayat rakyat Singapura," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >