Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai teknologi baru bagi tingkat ketangkasan Pasukan Polis Singapura

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Polis Singapura (SPF) akan mendapat rangsangan dalam bentuk teknologi bagi beberapa bulan akan datang untuk mempertingkat usaha pengawasan di barisan hadapan, latihan serta bagi pengawasan dan mendekati masyarakat.



Ini termasuk lebih banyak kamera polis (PolCam), dron dan bot latihan.



Di Seminar Rancangan Kerja Polis semalam, SPF berkata lebih 90,000 kamera polis telah dipasang dan digunakan untuk menyelesaikan lebih 5,000 kes setakat ini dan lebih banyak kamera akan dipasang di blok perumahan awam baru, pusat penjaja dan pusat pengangkutan.



Kamera-kamera yang dipasang di pusat bandar dan pusat kejiranan akan dilengkapi dengan keupayaan analitik video, yang secara automatik boleh mengesan mereka yang berhimpun tanpa dijangka dan perbuatan ganas.



SPF juga merancang menggunakan lebih banyak dron kawalan jauh dalam operasi.



Dron sedemikian, yang telah digunakan di estet perusahaan di bahagian barat Singapura dalam tempoh ujian tahun lalu, kini akan digunakan bagi tujuan pengawasan, rondaan dan memerhati insiden dari jauh.



Pegawai polis juga akan mendapatkan senjata baru dan kamera yang dipakai di tubuh.



Senjata revolver Taurus M85 yang digunakan oleh pegawai pada masa ini akan digantikan dengan senjata pistol Glock 19 Gen 5, yang boleh diisi tiga kali ganda peluru.



Semua pegawai di barisan depan akan dilatih menggunakan senjata baru menjelang penghujung 2023.



Kamera yang dipakai di tubuh pegawai polis pula akan digantikan dengan versi baru dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 13 jam, berbanding 2.5 jam pada masa ini.



Kamera baru itu, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini, boleh merakam video definisi tinggi (HD), menyiarkan video dan audio secara langsung ke Pusat Komand Operasi Polis (POCC) dan menghapus data dari jauh.



Bagi pegawai polis yang masih menjalani latihan pula, tidak lama lagi mereka berpeluang bekerja bersama dua robot atau bot yang dapat dikendali dari jauh.



Bot itu dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team.



Yang pertama ialah bot Sasaran Latihan Taser Bergerak (MTTT) yang akan digunakan dalam tempoh ujian tiga bulan bermula bulan depan.



Patung beroda itu menggantikan manusia sebagai sasaran dalam latihan Taser, mengurangkan risiko kecederaan berlaku. Ia juga boleh melakukan analisis yang akan membantu latihan, kata SPF.



Bot kedua ialah Force-On-Robotic Target (Fort) yang juga berupa patung beroda dan sebahagian Sistem Latihan Live Instrumentation (Lits) yang baru.



Menggunakan sistem laser, Fort boleh mengesan kepantasan dan ketepatan pelatih melakukan tembakan semasa latihan.



Dalam ucapannya di seminar itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam berkata MTTT dan Lits akan membantu meningkatkan kemahiran pegawai dan membina keyakinan mereka terhadap tindak balas taktikal.



Beliau turut memuji SPF atas komitmennya mengekalkan piawaian tinggi dalam operasi dan mempertahankan reputasi sebagai pasukan yang tidak berpihak dan profesional.



"Kami akan terus membantu pegawai memperdalam kepakaran mereka, untuk menangani cabaran keselamatan baru.



"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai SPF, masa lalu dan masa kini, atas pengorbanan dan komitmen anda.



"Kami yakin bahawa SPF akan terus menjaga keselamatan dan keamanan Singapura, untuk banyak generasi lagi," katanya.




"Kami akan terus membantu pegawai memperdalam kepakaran mereka, untuk menangani cabaran keselamatan baru.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai SPF, masa lalu dan masa kini, atas pengorbanan dan komitmen anda.

Kami yakin bahawa SPF akan terus menjaga keselamatan dan keamanan Singapura, untuk banyak generasi lagi."

- Encik K Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >