Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang si cilik berkinja-kinja di Suntec City

Jun 12, 2023 | 05:30 AM



Lompat atas taman permainan kembung Looney Tunes

Bawa anak-anak bermain di taman permainan kembung bertemakan Looney Tunes di pusat beli-belah Suntec City.

Kanak-kanak boleh melompat di sangkar Tweety Bird dan mencari Bugs Bunny di lereng bukit hutan.

Mereka juga boleh bermain gelongsor ke dalam lubang arnab dan terjun masuk ke dalam kolam renang berisi bola plastik biru putih yang dijaga Daffy Duck.

Zon permainan ini terletak di atrium Tower 1 dan 2 dan dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 9.30 malam hingga 25 Jun.

Ia adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Warner Bros Studio, yang menghasilkan filem pendek animasi Looney Tunes pertama pada 1930.


Kanak-kanak perlu berusia sekurang-kurangnya empat tahun dengan ketinggian 85 sentimeter. Mereka juga perlu memakai stoking dengan cengkaman.

Ibu bapa boleh mengunjungi zon acara dan menggunakan aplikasi Suntec+ untuk menempah sehingga empat slot 20 minit pada Isnin hingga Jumaat dan dua slot pada hujung minggu dan hari cuti.

Anggota Suntec+ boleh membeli barangan yang menampilkan gabungan watak Looney Tunes dan DC.

Maklumat lanjut di www.sunteccity.com.sg.

Sertai pertandingan video sains sejagat

Galak anak remaja anda menyertai pertandingan video, Breakthrough Junior Challenge, jika dia ‘pakar’ dalam menjelaskan prinsip saintifik yang rumit dengan cara yang menarik.


Pemenang bukan hanya akan membawa pulang hadiah biasiswa posmenengah bernilai AS$250,000 ($338,518), malah berpeluang bertemu nama popular dalam industri sains di majlis penyampaian hadiah di Amerika Syarikat.

Peserta perlu menghasilkan video dengan masa hingga dua minit untuk menjelaskan konsep fizik, sains hayat atau matematik.

Topiknya harus sesuatu yang tidak diketahui ramai atau fakta mudah yang boleh dicari dan difahami dalam beberapa saat.

Hantarkan permohonan dan video selewat-lewatnya pada 25 Jun, 11.59 malam (Waktu Siang Pasifik).

Dilancarkan pada 2015, pertandingan tahunan itu dibuka kepada pelajar berusia 13 hingga 18 tahun dari seluruh dunia.

Seorang pelajar warga Singapura – Deanna See – pernah memenangi pertandingan ini.

Deanna, yang berusia 17 tahun, telah menghantar video mengenai ketahanan antibiotik pada 2016.

Maklumat lanjut di www.breakthroughjuniorchallenge.org.

Belajar sukan baru

Warga Singapura dan penduduk tetap (PR) berusia empat hingga 12 tahun boleh memanfaatkan tokokan kredit $100 dalam akaun ActiveSG untuk menyertai program sukan baru.

Gunakan kredit tersebut untuk membiayai yuran program cuti sekolah yang ditawarkan Akademi dan Kelab ActiveSG.

Ini seperti sukan olahraga, berkanu, hoki, bola sepak, tenis dan bola tampar.

Kelas diadakan di pelbagai lokasi serata negara, dengan beberapa sesi serta yuran yang berbeza.

Maklumat lanjut di www.go.gov.sg/anc.

Sejak 2014, kredit ActiveSG $100 sekali telah diberikan kepada semua warga Singapura dan PR apabila mereka mendaftar bagi gerakan ActiveSG Sport Singapore.

Jika anak-anak belum menjadi anggota lagi, daftarkan mereka di laman myactivesg.com atau melalui aplikasi ActiveSG menjelang 31 Oktober untuk mendapatkan kredit $200 secara keseluruhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >