Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pelukis S'pura satukan seniman luar negara

Bertanggungjawab urus 29 pelukis seni dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina dan Vietnam ke Ipoh, Perak
Sep 23, 2022 | 05:30 AM



PELUKIS mapan Singapura, Encik Abu Jalal Sarimon, baru-baru ini telah mempelopori satu usaha untuk menyatukan insan seni dari beberapa negara demi memajukan lagi karya mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam arena seni kreatif.



Dari 1 hingga 6 September lalu, Encik Abu Jalal telah menganjurkan Pameran Seni Jelajah Perak dan Antarabangsa, diberi nama Jerayawara Perak Art Trail 2022, di Hotel Kinta Riverfront di Ipoh.



Manakala beberapa perbincangan dan lawatan seni telah dibuat di Taiping dan Kuala Kangsar.



Beliau bersama delegasi turut berpeluang meneroka kehidupan, sejarah dan keindahan negeri Perak dengan lebih dekat. Jerayawara Perak Art Trail 2022 memberikan ruang untuk pelukis seni memahami Perak dengan lebih dekat. Kemudian melahirkan karya dari penghayatan yang diterima sewaktu proses Art Trail di Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar.



Karya yang dihasilkan akan turut dipamerkan di Perak Art Biennale 2022 di Muzium Darul Ridzuan pada akhir November tahun ini.



Sebagai penganjur, beliau bertanggungjawab menguruskan 29 pelukis seni dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina dan Vietnam untuk mempamerkan hasil karya mereka di Perak itu.



Pelukis telah menonjolkan 60 karya, mempamerkan perjuangan mereka dalam dunia seni.



Turut hadir di pameran seni tersebut ialah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain.



Encik Abu Jalal diiktiraf sebagai pelukis berkaliber di sini dan telah memenangi beberapa pengiktirafan termasuk anugerah berprestij lukisan terbaik UOB, atau 'UOB Painting of The Year', pada 2017 dan Pertandingan Seni Philippe Morris pada 1994.



"Visi saya untuk pameran Jerayawara Perak Art Trail 2022 ini adalah untuk mendorong anak seni lain melihat dengan minda terbuka dan mendapatkan ilham yang lebih kreatif demi membantu mereka berkembang sebagai seorang pelukis," ujar pelukis berusia 58 tahun itu.



Beliau ditemui di studio seninya di Goodmans Art Centre, dekat Mountbatten, Selasa lalu.



Menurutnya, perancangan Jerayawara Perak Art Trail 2022 mengambil masa enam bulan bersama Pengerusi Tourism Perak Management Berhad, Dato Kamil Dato Shafie yang juga Presiden Alliance of Malaysian Artist Societies Advisor dan Penasihat Persatuan Seniman Perak.



"Dato Kamil turut berkongsi dengan saya bahawa kerajaan Perak ingin negara itu dikenali sebagai bandar yang penuh dengan kreativiti," tambah beliau.



Encik Abu Jalal berkata beliau mendapati bahawa terdapat segelintir pelukis yang mempunyai kurang keyakinan diri untuk lukisan mereka dihargai ataupun dijual, namun pameran itu telah membantu memupuk keyakinan diri pelukis untuk menampilkan 'nyawa' sentuhan karya mereka yang istimewa.



Lapan pelukis Singapura yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut termasuk, Encik Abu Jalal sendiri; Encik Ramli Nawee; Encik Tan Seng Kok; Encik Simon Wee; Encik Yeo Siak Goon; Encik Muddy Mitaq; Encik Saiman Ismail dan Encik Ngoh Shian Bang.



"Saya bangga dengan pelukis Singapura yang telah mempamerkan hasil seni mereka," katanya.



Selain pameran tersebut, pelukis juga bekerjasama untuk menghasilkan mural seni pada lima tiang dan dinding luar E & E Florist & Cafe, Tambun Ipoh, Perak.



"Apabila kami mula melukis pada 2 petang, ada pelukis yang berasa bahawa kami tidak dapat menghasilkan mural seni itu dalam sehari. Tapi saya beri dorongan dan semangat bahawa usaha semua pelukis akan menghasilkan karya yang diinginkan," kongsi beliau.



Seni mural itu berjaya disiapkan pada 7 malam bersama 29 pelukis.



Lukisan mural itu memaparkan makna penyatuan artis atas rasa cinta terhadap seni lukis demi menghargai budaya dan seniman Perak serta memperjuangkan dunia seni bersama.



Selepas pameran di Perak itu, Encik Abu Jalal kini sedang sibuk merancang beberapa pameran lain.



Ini termasuk pameran 'desTINY' yang akan diadakan di Galeri Shah Alam, Selangor pada pertengahan Februari tahun depan; pameran LENDU International Art Community Pasca Covid (PIAC #4) di Alor Gajah Melaka pada 21-23 Oktober 2022; Perak Art Biennale 2022 di Muzium Darul Ridzuan pada pada akhir November 2022; dan Phuket International Art Exhibition 'See Food' di Phuket, Thailand, pada akhir Disember 2022.




"Visi saya untuk pameran Jerayawara Perak Art Trail 2022 ini adalah untuk mendorong anak seni lain melihat dengan minda terbuka dan mendapatkan ilham yang lebih kreatif demi membantu mereka berkembang sebagai seorang pelukis."
- Encik Abu Jalal Sarimon.




SENARAI PAMERAN KENDALIAN ENCIK ABU JALAL



  • LENDU International Art Community Pasca Covid (PIAC #4)

    Lokasi: Di Alor Gajah Melaka

    Tarikh: 21-23 Oktober 2022


     

  • Perak Art Biennale 2022

    Lokasi: Muzium Darul Ridzuan

    Tarikh: Akhir November 2022 


     

  • Phuket International Art Exhibition "See Food" oleh pelukis dari 10 negara

    Lokasi: Phuket, Thailand.

    Tarikh: Akhir Disember 2022 


     

  • Singapore Comic Convention 2022

    Lokasi: Di Marina Bay Sands

    Tarikh: 10-11 Disember 2022


  • Hujung Tanah Art Residency, Art Simposium & Bengkel Seni

    Lokasi: Di Parit Elias, Batu Pahat Johor

    Tarikh: Pertengahan Disember 2022




  • 'desTINY' International Art Exhibition oleh pelukis seni dari 10 negara

    Lokasi: Galeri Shah Alam, Selangor Malaysia

    Tarikh: Pertengahan Februari 2022




  • Freedom & Love International Art Exhibition

    Lokasi: APEL Watoe Art Gallery, Magelang Indonesia

    Tarikh: 15 Julai-15 Ogos 2023




  • 'The Bridge' Art Exhibition oleh pelukis dari - Malaysia dan Singapura

    Lokasi: Di ION Art Gallery

    Masa: Pertengahan Ogos 2023




  • 'Peace' International Art Exhibition & Workshop

    Lokasi: Cyprus,Eastern Mediterranean Sea

    Masa: Pertengahan November 2023






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >