Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penalti penumpang lewat tiba: Pandangan tak sekata, alasan berbeza

Pemandu Grab: Langkah adil, wajar

Sudah tiga minggu Grab memperkenalkan langkah mengurangkan waktu menunggu daripada lima minit kepada tiga minit bagi tempahan kereta sewa privet.Ini dilaksana sedang Singapura berdepan kekurangan pemandu teksi dan kereta sewa privet sementara permintaan pula meningkat. Sedang langkah itu disambut baik para pemandu, namun ada penumpang merasakan ia membebankan. BERITA HARIAN melaporkan.
Aug 04, 2022 | 05:30 AM



BAGI pemandu Grab, Cik Norashikin Mohamad Sabtu, setiap hari, pasti akan ada satu atau dua penumpang yang langsung tidak hadir atau membuatnya tunggu untuk masa yang lama sedangkan beliau sampai tepat pada masa.



Justeru, langkah terkini oleh Grab untuk memperkenalkan penalti $3 bagi setiap tempoh menunggu yang melebihi tiga minit adalah wajar.



Tempoh menunggu itu ialah lima minit sebelum ini.



Menurut pemandu berusia 48 tahun itu, ada penumpang yang langsung tidak hadir dan tidak mengambil inisiatif membatalkan tempahan mereka.



"Kalau pemandu yang hendak batalkan, kami kena tunggu lima minit baru baru boleh batalkan tanpa kos pembatalan.



"Dan lima minit itu cukup untuk kami dapat tempahan baru," keluhnya yang sudah lima tahun memandu Grab.



Oleh itu beliau mengalu-alukan keputusan syarikat teknologi Grab untuk memendekkan tempoh tangguhan itu.



"Waktu itu emas bagi pemandu seperti kami. Saya rasa tiga minit adalah adil untuk kedua-dua pihak," jelasnya.



"Tambahan pula, terdapat beberapa lokasi tertentu di mana pemandu tidak dibenarkan menunggu lama untuk penumpang sebelum dihalau pihak berkuasa atau pegawai keselamatan kawasan tersebut.



"Langkah seperti ini mengambil kira antara cabaran yang kami lalui," tambah beliau.



Pada 11 Julai lalu, Grab mengumumkan, penalti $3 akan dikenakan bagi setiap tiga minit pemandunya menuggu penumpang, berkuatkuasa seminggu selepas itu, pada 18 Julai.



Penalti itu perlu dibayar sebagai tambahan tambang khidmat pengangkutan yang ditempah. Kesemua bayaran penalti itu diberi kepada si pemandu.



Grab juga telah memotong tempoh pembatalan bagi menunggu khidmat pengangkutan tempat ke tempat (P2P) itu, daripada lima minit kepada tiga minit sekarang.



Cik Norashikin berkata kedua-dua penumpang dan pemandu harus bertimbang rasa.



"Apa-apa pun kami harus berkomunikasi dengan pelanggan, atau sentiasa berikan kedudukan terkini kami dan jika ada apa-apa yang isu yang berlaku semasa tempahan di buat.



"Pemandu Grab juga harus bersikap adil. Tiga minit itu harus bermula setibanya di tempat ambil penumpang, dan menekan butang "pick up" apabila penumpang berada di tempat naik kenderaan, bukan di dalam kereta.



"Sebab ada penumpang yang mengalami kesukaran naik kereta seperti naik kerusi roda atau mempunyai bayi. Kita pun kena faham," jelasnya.



Seorang lagi pemandu Grab, Encik Othman Kasim, 64 tahun, pula berkata kes penumpang yang tidak muncul atau lewat tiba di kereta jarang berlaku bagi dirinya.



"Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi jaminan kepada kedua-dua pelanggan dan pemandu agar bersikap bertanggunjawab atas tempahan yang dibuat.



"Ada yang belum siap, tapi mengharapkan pemandu tunggu mereka. Ini semua kos bagi kami, termasuk kos minyak yang semakin mahal.



"Jadi kalau ada kes sebegini kami diberi pilihan untuk menerima tempahan lain."



Presiden Persatuan Kenderaan Sewa-Privet Nasional (NPHVA), Encik Azan Salleh, berkata langkah tersebut adalah satu tindakan yang wajar oleh Grab.



"Ia menggalak penumpang datang tepat pada masanya dan tidak memanfaatkan waktu menunggu itu. Kadang-kadang, pemandu dilarang menunggu di lobi apabila penumpang mereka tiba lambat, dan kemudian harus membuat putaran.



"Ia tidak adil kalau perkara seperti itu terjadi dan pemandu diberi reviu atau 'rating' kurang memadai disebabkannya."



Encik Azan menambah, keadaan ini lebih teruk jika penumpang meminta bayaran dibuat dengan tunai.



"Jadi bagaimana hendak menerima bayaran itu kalau si penumpang tidak muncul?" katanya.



Tidak seperti khidmat teksi yang menghitung kos menerusi meter, langkah itu membawa manfaat yang adil kepada pemandu kereta sewa privet.



Sejauh ini, langkah yang diambil Grab itu tidak dikenakan pemain industri lain seperti Gojek dan TADA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >