Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu Mercedes-Benz didakwa bertindak terburu-buru dan rosakkan harta benda awam

Mar 10, 2014 | 6:25 PM
-

PEMANDU yang melarikan diri daripada pemeriksaan dengan memecut dan melanggar pengadang berjeriji di pusat pemeriksaan Woodlands kelmarin didakwa di mahkamah Isnin (10 Mac).

Tan Chu Seng, 64 tahun, dituduh melakukan tindakan terburu-buru dengan memandu kereta Mercedes-Benz yang mempunyai plat Singapura secara tidak selamat pada Sabtu lalu.

Seorang pegawai polis, Safie Mahrom, mengalami kecederaan disebabkan tindakannya itu.

Tan, seorang penduduk tetap Singapura asal Malaysia, turut menghadapi tuduhan merosakkan harta benda awam setelah dia dikatakan merempuh pengadang keselamatan dan merosakannya.

Dia akan ditahan reman di Divisyen Polis Jurong selama seminggu bagi siasatan lanjut.

Dalam kejadian sekitar 4.05 itu Tan telah menghentikan keretanya bagi pemeriksaan but kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Namun, apabila dia diarah membuka kompartmen tayar ganti, dia memandu keretanya keluar dari pusat pemeriksaan.

Dia berjaya merempuh dan melepasi pengadang keselamatan kerana pengadang itu gagal berfungsi.

Namun, Tan diberkas lima jam kemudian pada 9.15 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg