Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi dijel tujuh minggu dek naik radang di jalan raya

May 19, 2016 | 03:12 PM



SEORANG pemandu teksi yang terlibat dalam dua kes naik radang di jalan raya dihukum penjara tujuh minggu pada Khamis (19 Mei).

Muhammad Fuad Kamroden, 32 tahun, mengaku bersalah mencederakan Encik Tok Soon Min, 39 tahun, dengan menanduk muka beliau dan menumbuk serta memijak badannya berkali-kali di jalan masuk ke pusat beli-belah Takashimaya pada 12 Okt 2014.

Dia juga mengaku menumbuk muka Encik Tang Siew Chong, 54 tahun, beberapa kali di tempat letak kereta Plaza Singapura pada 6 Sept tahun lalu, semasa dia dibebaskan dengan ikat jamin bagi kesalahan pertama.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Low Chun Yee berkata isteri Encik Tok sedang memandu kereta di Orchard Turn dan membelok ke Takashimaya apabila beliau hampir menyebabkan Fuad, yang menunggang motosikal, bertembung dengan kereta itu pada 2.30 petang pada 12 Oktober 2014.

Selepas menunjukkan isyarat kasar terhadap Encik Tok dan isterinya, Fuad mengekori kereta mereka dan kemudian berhenti dan meletak motosikalnya menyerong di jalan raya.

Dia menghampiri Encik Tok, yang telah turun, dan kemudian menanduk muka Encik Tok dengan topi keledarnya. Dia juga menumbuk badan Encik Tok beberapa kali.

Satu pergaduhan kemudian tercetus. Fuad terus menumbuk dan menolak Encik Tok. Apabila Encik Tok jatuh, dia memijak badan beliau beberapa kali.

Isteri Encik Tok kemudian keluar dan memisahkan mereka dengan bantuan beberapa pejalan kaki. Fuad meninggalkan tempat itu sebelum polis tiba.

Dalam kes lagi satu itu, DPP Low berkata Fuad, yang sedang memandu teksi, sedang hendak membelok ke Handy Road apabila Encik Tang membelokkan keretanya di depan teksi itu hingga hampir menyebabkan perlanggaran.

Fuad memintas kereta Encik Tang dan mereka saling memberi isyarat kasar.

Selepas meletak keretanya di tempat letak kereta Plaza Singapura, Encik Tang menghampiri Fuad, mengetuk tingkap pemandu teksinya dan menyuruh dia keluar.

Fuad keluar dan terus merakam Encik Tang dengan telefon bimbitnya. Encik Tang menolak telefon bimbit itu beberapa kali.

Pada satu ketika, muka Fuad terkena telefon bimbit itu. Dia kemudian menumbuk muka Encik Tang beberapa kali. Semasa berundur, Encik Tang membalas dengan menumbuk Fuad.

Mereka kemudian dileraikan oleh pegawai keselamatan.

Hakim Daerah Salina Ishak berkata Fuad bertindak keterlaluan dalam kedua-dua insiden, walaupun dalam kes kedua, Encik Tang yang menyerangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >