Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah yang menikam majikan lebih 90 kali dihukum penjara seumur hidup

Apr 23, 2021 | 06:23 PM



SEORANG pembantu rumah Indonesia yang menikam majikannya lebih 90 kali di sebuah rumah di Telok Kurau hampir lima tahun lalu dihukum penjara seumur hidup pada Jumaat (23 April) di atas kesalahan membunuh.



Mahkamah Tinggi mendakwa Daryati buat kali kedua di atas kesalahan membunuh Cik Seow Kim Choo selepas menolak kenyataan pihak pembelanya yang menjelaskan bahawa anak guamnya itu mengalami masalah mental lantas tidak wajar dipertanggungjawabkan dengan kesalahan membunuh.



Cik Seow, 59 tahun, dibunuh pada 7 Jun 2016. Beliau mempunyai 94 liang tikaman pisau, kebanyakannya pada kepala dan leher.



Daryati, 28 tahun, awalnya berdepan dengan dakwaan membunuh dengan niat menyebabkan kematian yang membawa pada hukuman gantung.



Dalam perbicaraan selama 17 hari antara 23 April 2019 dengan 4 Mac tahun lalu, pihak pendakwa mengurangkan dakwaan membunuh itu di bawah Seksyen 300(c). Ini membawa pada hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung tetapi pihak pendakwa menyatakan mereka tidak akan meminta Daryati dihukum bunuh.



Daryati tidak menolak tindakan fizikal membunuh Cik Seow tetapi bergantung pada bukti yang diberi Dr Tommy Tan bahawa dirinya dilanda kemurungan yang berlanjutan dan kadangkala terlalu mengganggu fikiran.



Mewakili pihak pasukan pendakwa pula, Dr Jaydip Sarkar menegaskan Daryati tidak menghidap sebarang masalah mental ketika kejadian berlaku.



Pada Jumaat, hakim Mahkamah Tinggi, Valerie Thean, mendapati bukti Dr Tan tidak diteliti lebih mendalam lagi dan kriteria pengesahan penyakit mental itu tidak memenuhi apa yang diperlukan mahkamah.



Hakim Thean juga mendapati laporan Dr Tan adalah berdasarkan tanda-tanda yang dilaporkan Daryati sendiri tanpa fakta sokongan bebas.



Beliau menambah keupayaan Daryati berfungsi tidak terjejas kerana dia dapat menyembunyikan beberapa senjata dalam rumah itu bagi merancang serangan ke atas Cik Seow.



Sewaktu perbicaraan, Daryati yang mula bekerja dengan keluarga Cik Seow pada 13 April 2016 akur dia dilayan baik majikannya.



Dia memberitahu mahkamah dia hanya kebosanan duduk di situ dan rindukan kampung halamannya di Indonesia serta kekasihnya yang bertugas di Hong Kong. Justeru, dia berusaha mendapatkan pasportnya semula daripada majikan dan mencuri wang daripada Cik Seow untuknya pulang ke Indonesia dan memulakan perniagaan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >