Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembedahan mata lebih berkesan, selamat dengan kemajuan teknologi

Jul 18, 2023 | 1:40 PM
PAKAR MATA: Dr Yuen Yew Sen yang merupakan seorang profesor di jabatan Oftalmologi NUS dan konsultan di Hospital Alexandra dan Hospital Universiti Nasional.
PAKAR MATA: Dr Yuen Yew Sen yang merupakan seorang profesor di jabatan Oftalmologi NUS dan konsultan di Hospital Alexandra dan Hospital Universiti Nasional. - Foto HOSPITAL ALEXANDRA

Kemajuan teknologi yang berkembang dari tahun ke tahun, telah membuka kaedah yang lebih berkesan kepada pelbagai jenis rawatan kesihatan.

Ini termasuk meningkatkan taraf pembedahan di Singapura yang kini setanding dengan negara lain, dari segi akses rawatan mata yang boleh didapatkan pesakit, kata Dr Yuen Yew Sen, penolong profesor di jabatan Oftalmologi, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan konsultan di jabatan oftalmologi di Hospital Alexandra dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

“Pada zaman dahulu, untuk pembedahan katarak, saya harus mengukur secara manual sebelum memasukkan kanta ke dalam mata pesakit. Sekarang, sudah ada komputer yang boleh melakukannya dengan lebih tepat lagi.

“Kini, sudah ada pelbagai peningkatan dari segi teknologi yang membuat rawatan lebih selamat untuk pesakit. Sebagai doktor dan pakar bedah, saya juga lebih yakin untuk masukkan kanta dalam mata pesakit,” kata Dr Yuen.

Teknik pembedahan telah bertambah baik dengan kemunculan pembedahan katarak dengan bantuan komputer. Ia menjadikan pembedahan lebih selamat dan dapat menunjukkan hasil yang lebih baik.

Justeru, teknologi kanta juga telah bertambah baik dengan kanta multifokal yang lebih baru di mana pesakit dapat melihat dari dekat hingga jauh secara berterusan, tanpa kesan sampingan seperti silau yang berlebihan.

Melalui pembedahan ini, pesakit dapat penglihatan yang hampir sempurna, tanpa penggunaan cermin mata pada usia tua mereka.

Dr Yuen juga katakan bahawa katarak bukanlah sesuatu yang dapat dicegah. Malah, dengan umur, setiap orang bakal mendapat katarak – hanya cepat atau lambat sahaja.

Namun, perkara yang mungkin dapat memburukkan kesihatan mata adalah kencing manis yang tidak terkawal.

“Kencing manis harus dipantau. Mungkin pada usia yang muda ia tidak begitu teruk. Namun, dengan masa, ia pasti akan menjejas kesihatan dengan teruk jika tidak dapat dikawal dengan baik.

“Jagalah pemakanan dan gaya hidup agar tidak perlu kerap ke hospital pada usia yang lanjut.

“Walau bagaimanapun, pesakit kencing manis juga boleh menjalani pembedahan katarak, bertentangan dengan pendapat orang luar di sana,” ujar Dr Yuen.

Dr Yuen menasihati pesakit agar tidak takut berjumpa doktor atau menjalani pembedahan yang diperlukan jika mempunyai masalah kesihatan mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg