Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemegang kad biru CHAS nikmati diskaun 3% di NTUC FairPrice setiap Khamis

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SEMUA pemegang kad biru Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) akan menikmati diskaun tiga peratus di semua 149 cawangan NTUC FairPrice setiap Khamis, dari 15 Julai hingga akhir tahun ini.



Diskaun itu juga boleh dinikmati di trak bergerak FairPrice dan 84 cawangan farmasi Unity di Singapura.



Dalam kenyataannya semalam, NTUC Fairprice berkata diskaun itu dihadkan kepada $200 setiap urus niaga setiap hari.



Ini adalah inisiatif diskaun yang keempat oleh NTUC FairPrice untuk membantu golongan warga tua dan keluarga berpendapatan rendah mengurangkan kos perbelanjaan di FairPrice, antara lain Generasi Perintis (PG), Generasi Merdeka (MG) dan skim diskaun warga tua yang juga memberi diskaun hingga tiga peratus.



Kos skim diskaun kad biru CHAS dianggarkan $500,000 tahun ini, menambah kepada kos sekitar $10 juta yang disalurkan kepada program tahunan bagi golongan warga tua, kata NTUC FairPrice dalam kenyataannya.



Ketua pegawai eksekutif kumpulan NTUC FairPrice, Encik Seah Kian Peng berkata:



"Ketidakpastian yang berpanjangan dek Covid-19 telah menjejas golongan keluarga berpendapatan rendah dengan teruk.



"Skim diskaun kad biru CHAS FairPrice akan bantu melengkapkan pelbagai program diskaun kami sambil memberi khidmat yang lebih fokus dan disasarkan kepada golongan yang memerlukan lebih banyak bantuan.



"Skim ini akan memberi penjimatan dan bantuan lebih lanjut untuk keperluan barangan runcit mereka."



Menurut Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, belia berkata:



"Saya gembira kerana NTUC FairPrice melancarkan inisiatif diskaun ini untuk pemegang kad biru CHAS, yang akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah keluarga berpendapatan rendah.



"Saya harap lebih banyak badan korporat dan badan masyarakat dapat tampil membantu warga Singapura yang memerlukan, agar kita menjadi lebih kuat bersama dari wabak ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >