Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah bebas rasuah antara faktor dorong kemajuan S'pura: Presiden Halimah

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



SISTEM pemerintahan bersih dan bebas daripada rasuah adalah faktor penting di sebalik pencapaian Singapura dari sebuah negara dunia ketiga kepada dunia pertama.



Ia juga menjadi kelebihan daya saing yang besar bagi Singapura, dan mustahak dimiliki sebuah negara kecil yang serba kekurangan dari segi sumber semula jadi.



Justeru, mempunyai sistem pemerintahan bebas rasuah adalah penting dan Singapura tidak berupaya mencapai kemajuan ekonomi dan sosial tanpa kepercayaan umum terhadap pemerintah serta institusi tempatan, kata Presiden Halimah Yacob semalam.



Puan Halimah menyatakan demikian semasa berucap selaku tetamu terhormat di majlis sambutan ulang tahun ke-70 Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) di Istana malam tadi.



Dihadiri sekitar 120 orang termasuk pegawai CPIB terdahulu dan sekarang serta rakan pertubuhan cegah rasuah luar negara, acara itu dihos Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebagai tuan rumah; dengan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, turut hadir sebagai tetamu khas.



Mengulas tentang peranan CPIB dalam membina keyakinan umum terhadap pemerintah serta pembangunan negara, Presiden Halimah berkata, CPIB sejak kian lamanya membina reputasi teguh atas siasatannya yang berani dan rapi.



"Ia tidak takut mengambil tindakan terhadap pegawai kanan pemerintah, tidak kira Menteri, Anggota Parlimen atau kakitangan awam kanan. Ini melambangkan kebebasan CPIB yang boleh bertindak secara berdikari yang dilindungi Perlembagaan," katanya.



Puan Halimah juga merujuk kepada pandemik Covid-19 sebagai contoh hasil keyakinan orang umum terhadap pemerintah dan telah membantu Singapura "mengatasi pelbagai cabaran dan kemelut".



Namun, beliau akur terhadap cabaran semasa termasuk penggunaan teknologi lebih meluas serta urus niaga canggih dan kegiatan rasuah melibatkan pihak luar.



Demikian adalah cabaran dihadapi pegawai antirasuah sekarang yang tidak pernah dilalui pegawai terdahulu, katanya



Lantaran itu, CPIB telah melancarkan usaha transformasi bagi mempertingkat keupayaannya dengan memanfaatkan teknologi serta mempertingkat kemahiran teras pegawainya.



Salah satu perkembangan baru termasuk sebuah platform digital bagi mengurus aduan yang diterima CPIB bernama Sistem Digital Pengurusan Aduan (Command).



CPIB juga telah memperluas usaha kerjasama dengan rakan awam dan privet demi mencegah rasuah di peringkat awal dan melangkaui penguatkuasaan.



Skim perkhidmatan pegawai CPIB juga sedang disemak supaya dapat merekrut dan mengekalkan pegawai serta mempertingkat keupayaan profesional mereka.



Puan Halimah menambah adalah penting bagi pemimpin hari ini dan bagi setiap warga Singapura untuk melindungi segala apa yang baik yang telah diwarisi dari generasi terdahulu.



"Kejujuran dan bebas rasuah adalah nilai tetap yang perlu terus dipatuhi dan dikekalkan bagi pemimpin generasi masa depan dan setiap warga Singapura," ujarnya.



Acara semalam turut menyaksikan pelancaran buku sejarah CPIB bertajuk Teliti, Rapi dan Berani - Cerita CPIB (Scrupulous, Thorough, Fearless - The CPIB Story) yang akan dijual di kedai buku terkemuka mulai Sabtu ini.



Sejenis orkid baru turut dinamakan Papilionanda CPIB bagi menyambut ulang tahun biro itu, termasuk mengadakan sebuah pameran menyorot sejarah, perkembangan dan pencapaian CPIB sejak ia ditubuhkan pada 1952.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >