Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pemerintah komited bantu masyarakat Melayu tingkat kemahiran: See Leng

Jul 13, 2023 | 06:41 PM



Mendaki telah memainkan peranan besar dan penting dengan menyokong aspirasi masyarakat Melayu/Islam dalam pendidikan, pekerjaan dan peningkatan kemahiran.

Walau ekonomi kian mencabar pada 2023, pemerintah tetap komited untuk membantu masyarakat Melayu/Islam pertingkat diri dan meraih peluang baru, termasuk menerusi latihan, peningkatan kemahiran dan memudahkan penempatan pekerjaan.

Demikian antara yang dikongsi Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng, semasa berucap kepada lebih 300 penyelidik, penggubal dasar, karyawan dan rakan kongsi masyarakat di Simposium Mendaki ketujuh bertema ‘Memikirkan Semula Pekerjaan” pada Khamis di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay.

“Mendaki bekerjasama rapat dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) dan badan Melayu/Islam lain dalam rangkaian M3, untuk membantu pemerintah memacu pelbagai program pekerjaan dan peningkatan kemahiran.


“Pada tahun lalu sahaja, rangkaian M3 telah mengukuhkan proses rujukannya, melibatkan agensi seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i), NTUC Learning Hub, Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SkillsFuture Singapura,” kata Dr Tan.


Acara itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Semasa berucap, Dr Tan mengingatkan bahawa walaupun Singapura telah mencapai prestasi yang baik pada 2022, ekonominya dijangka berkembang lebih perlahan untuk baki 2023.

Ini kerana sebahagian besarnya disebabkan oleh perang berterusan di Ukraine dan pergolakan dalam ekonomi sejagat yang mengakibatkan lebih banyak gangguan kepada pasaran buruh antarabangsa.

Namun begitu, beliau berkongsi bahawa pemerintah tetap komited untuk membantu rakyat mencari kerja, terutama graduan baru, pekerja pertengahan kerjaya dan mereka yang kehilangan pekerjaan, untuk bangkit dengan lebih kuat.

Semasa perbincangan panel dengan Dr Walter Theseira, pakar ekonomi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Cik Fadhilah Abdul Rahman Zamawi, Penolong Pengarah Dasar Ekonomi dari NTUC, beliau ditanya sama ada ijazah akan kekal relevan.

Dr Tan berkata bahawa tiada siapa yang patut menganggap kelayakan pendidikan mereka mencukupi untuk melengkapkan mereka secara menyeluruh sepanjang hayat. Justeru, mereka mesti terus meningkatkan kemahiran dan rangkaian mereka

“Perkara relevannya kepada sesiapa sahaja hari ini ialah jika ijazah atau diploma itu membolehkan anda membina rangkaian dengan rakan sekerja anda, rakan graduan anda, membolehkan anda terus mempunyai hubungan baik dengan pensyarah anda, dengan guru anda, maka anda akan mempunyai beberapa guru sebagai mentor sepanjang hayat,” kata Dr Tan.

Semasa acara itu, Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkongsi bahawa Mendaki telah mencapai kemajuan ketara sejak 40 tahun lalu, dan akan terus menyokong pelajar dan pekerja untuk meneroka peluang baru.

“Apabila Mendaki ditubuhkan 40 tahun lalu, kurang separuh daripada penduduk Melayu mendapat pendidikan sekolah menengah. Hari ini, hampir 90 peratus mendapat sekurang-kurangnya pendidikan ITE (Institut Pendidikan Teknikal) dan ke atas.

“Kita melihat 20 kali ganda bilangan graduan berbanding 20 tahun lalu. Bilangan kepujian kelas pertama juga meningkat 10 kali ganda berbanding sedekad lalu.

“Ini bukan perubahan yang sedikit, malah lonjakan yang besar dan ketara dalam masyarakat Melayu/Islam, sebahagian besarnya kerana sistem pendidikan Singapura telah membawa semua orang melaluinya dan selagi anda berada di sekolah, laluan kejayaan tetap ada, dan anda mempunyai peluang yang baik untuk mencapai kecemerlangan,” kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >