Pemerintah perkenal siri dialog bantu ibu bapa muda: DPM Heng
Premium
Pemerintah perkenal siri dialog bantu ibu bapa muda: DPM Heng
Jun 17, 2019 | 5:30 AM
KOMITMEN SEORANG BAPA: Encik Heng Swee Keat dan isterinya, Cik Chang Hwee Nee, menulis mesej pada helaian kertas yang kemudian diikat pada 'Pokok Perjanjian' semasa perasmian acara 'Dad's Day Out 2019' di OCBC Square Hab Sukan Singapura semalam. Golongan bapa boleh menulis janji kepada keluarga sementara pihak isteri dan anak menulis nota penghargaan kepadanya. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
SEBAGAI pasangan muda dulu, antara cabaran utama yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat bersama isteri adalah mencapai keseimbangan antara kehidupan dengan pekerjaan.
Justeru, untuk membantu mencari huraian bagi ibu bapa muda yang berdepan dengan masalah serupa itu, pemerintah akan melancarkan siri dialog tidak lama lagi, kata Encik Heng.

