Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah rancang pulihara enam bangunan yang dibina antara 1926 dan 1931

Nov 24, 2021 | 5:30 AM
KEKALKAN SEJARAH: Banglo di tapak Akademik Polis Lama ini yang dahulu menjadi tempat tinggal pegawai kanan polis mungkin dipulihara sedang kawasan itu dibangun semula menjadi estet perumahan baru. - Foto HDB,URA, SLA
KEKALKAN SEJARAH: Banglo di tapak Akademik Polis Lama ini yang dahulu menjadi tempat tinggal pegawai kanan polis mungkin dipulihara sedang kawasan itu dibangun semula menjadi estet perumahan baru. - Foto HDB,URA, SLA -

PIHAK berkuasa merancang memulihara enam bangunan, yang dibina antara 1926 dan 1931 sebagai sebahagian daripada Akademi Polis Lama (OPA), sedang kawasan itu bakal dibangunkan semula.

Ini terdiri daripada dua bangunan pentadbiran (Blok 1 dan 2) dan dua banglo kolonial yang dahulunya tempat tinggal pegawai kanan (Blok 27 dan 28), yang dirancang disesuaikan bagi kegunaan masa depan di estet perumahan baru yang dirancang di kawasan itu.

Di luar estet, dua lagi bangunan akademi itu mungkin dikekalkan. Blok 153 dirancang dikekalkan sebagai Mes Pegawai Kanan Polis, manakala kegunaan Blok 13 akan dikaji.

Ini menyusuli satu kajian warisan yang dilakukan buat kali pertamanya secara terperinci antara Ogos 2018 hingga September 2019 bagi pembangunan itu.

Kajian itu mendapati bahawa OPA memainkan peranan penting dalam pembangunan pasukan polis Straits Settlements dan telah melatih pegawai polis dari 1920-an hingga ia ditutup pada 2005, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) semalam.

"Ia menandakan kali pertama Singapura mempunyai institusi tetap bagi melatih dan meningkatkan profesionalisme badan penguatkuasaan undang-undangnya," menurut kenyataan itu.

Semalam, HDB, URA dan SLA berkata ia telah mempertimbangkan dapatan kajian itu serta maklum balas pihak berkepentingan seperti Panel Penasihat Warisan (HAP), Kerjasama Warisan dan Identiti (HIP), All Things Bukit Brown (atBB) dan Persatuan Warisan Singapura.

Sejak 2016, Pasukan Polis Singapura (SPF) juga telah mendekati pegawai Perkhidmatan Negara Polis dahulu dan sekarang untuk membantu dalam dokumentasi tapak itu serta meraih idea bagi memelihara warisan akademi tersebut.

Selain memulihara empat bangunan akademi itu, sebahagian daripada padang perbarisan juga dirancang dikekalkan sebagai padang terbuka di estet baru tersebut.

HDB dan SPF juga akan memimpin satu kumpulan kerja baru yang melibatkan agensi lain, masyarakat polis dan konsultan warisan untuk membincangkan cara memelihara warisan, termasuk saranan bagi nama jalan raya.

Kumpulan itu akan dipengerusikan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg