Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sedia belanja lebih banyak penuhi keperluan rakyat: DPM Wong

Perlu cari jalan pastikan pendapatan negara cukup
Sep 28, 2023 | 07:17 PM



Pemerintah bersedia berbelanja lebih banyak untuk memenuhi keperluan rakyat terutamanya dalam penjagaan kesihatan warga yang semakin tua, golongan rentan dan kurang bernasib baik, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Bagaimanapun, kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, untuk menampung perbelanjaan berlebihan ini, pemerintah perlu mencari jalan bagi memastikan pendapatannya mencukupi.

“Buat masa ini dan pada tahun-tahun mendatang, kita berada pada kedudukan yang baik tetapi ini tidak bermakna kami (pemerintah) akan berhenti meneliti sumber pendapatan.

“Kami akan terus berbuat demikian, dan terdapat pelbagai pilihan berbeza yang akan kami terus terokai,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis di Pusat Akhbar Nasional di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Hill Street.

Di sidang media tersebut, beliau mengumumkan Pakej Bantuan Kos Sara Hidup bernilai $1.1 bilion bagi membantu rakyat Singapura menangani kesan inflasi dan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Selain memastikan pendapatan negara mampu menampung lebihan belanjawan, Encik Wong berkata sistem fiskal keseluruhan Singapura juga perlu kekal adil, saksama dan progresif.

“Itulah prinsip kami yang telah lama wujud dan kami akan terus mempertahankannya. Inilah sebabnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sangat penting dan kami akan terus meneliti sumber pendapatan untuk memastikan kedudukan fiskal kami adalah kukuh dan mampan,” tambah Encik Wong.

Mengulas tentang keadaan inflasi di Singapura, beliau berkata ia kekal tinggi tetapi terdapat tanda-tanda ia sedang menurun.

“Pertumbuhan ekonomi telah menjadi perlahan tetapi kami (pemerintah) tidak menjangkakan kemelesetan pada tahun ini, namun risiko ditimbang pada aspek negatif dan mungkin terdapat gangguan kepada bekalan makanan dan tenaga di seluruh dunia.

“Mungkin terdapat kelembapan yang lebih ketara dalam ekonomi Amerika Syarikat dan China. Di Singapura pula, pertumbuhan gaji mungkin menjadi sederhana tahun ini kerana firma berkemungkinan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati berhubung kenaikan gaji,” jelas Encik Wong.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Ogos lalu mengekalkan ramalan kadar inflasi keseluruhan untuk 2023 negara ini antara 4.5 dan 5.5 peratus, sementara inflasi teras ditetapkan antara 3.5 dan 4.5 peratus.

Encik Wong dalam pada itu turut mengulas tentang kenaikan harga air yang baru-baru ini diumumkan agensi air negara, PUB.

Rebat U-Save, iaitu salah satu sokongan daripada Pakej Bantuan Kos Sara Hidup yang diumumnya, akan membantu rakyat Singapura menghadapi bil perbekalan awam lebih tinggi seperti bil air dan cukai karbon.

Dalam sidang akhbar itu, Encik Wong maklum terdapat beberapa siri kenaikan harga baru-baru ini dan berkata pemerintah telah membekukan kenaikan yuran tahun ini, tetapi beberapa yuran bukan pemerintah telah meningkat disebabkan kos yang lebih tinggi.

Ini termasuk yuran Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) Majlis Bandaran, serta tambang pengangkutan awam.

“Langkah-langkah dalam pakej sokongan baru ini akan membantu rakyat Singapura menghadapi harga yang lebih tinggi di pelbagai bidang – daripada keperluan seharian mereka, kepada utiliti, dan kepada pengangkutan awam.

“Saya memberi jaminan kepada semua rakyat Singapura yang kami akan terus menyokong anda pada setiap langkah. Selagi kita terus bertanggungjawab terhadap satu sama lain dan menjaga satu sama lain, kita boleh mengatasi cabaran yang akan datang dan maju bersama-sama.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >