Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah yakin ekonomi dapat tumbuh 6-7 peratus tahun ini

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



Mengulas lebih lanjut, Encik Wong berkata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sedang meneliti ekonomi negara dan buat masa ini, pemerintah masih yakin pertumbuhan antara 6-7 peratus masih boleh dikecapi.



Menambah, Encik Wong berkata sebahagian besar ekonomi Singapura berhubung dengan perdagangan di luar negeri, iaitu lebih 70 peratus.



"Justeru, kunci (bagi mencapai pertumbuhan) ini bukan setakat permintaan domestik, malah permintaan dari luar. Dan selagi permintaan luar terus kukuh dari ekonomi-ekonomi utama, kita seharusnya dapat mencapai pertumbuhan 6-7 peratus pada tahun ini," kata Encik Wong.



Singapura telah mula membuka semula ekonomi dengan berhati-hati sejak Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, di Rapat Hari Kebangsaan lalu, mengumumkan strategi negara untuk hidup dengan Covid-19 sebagai satu endemik, atau penyakit yang biasa berlaku.



Ini berbanding menunda lagi lama pembukaan semula ekonomi sehingga pandemik berakhir.



Satu faktor penting yang membolehkan pembukaan semula berhati-hati ini adalah kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk di sini, yang kini melebihi 80 peratus.



Namun, minggu lalu, berlatarkan bilangan kes dalam masyarakat yang melonjak - sehingga hampir 2,000 kes sehari sejak beberapa hari lalu - telah mendorong pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 (MTF) - untuk memperketat beberapa langkah-langkah pembukaan semula, termasuk mengurangkan daripada lima kepada dua bilangan orang yang dibenar makan luar di tempat menjual makanan dan minuman (F&B).



Sejak semalam, bekerja dari rumah (WFH) juga disyaratkan bagi pekerja yang boleh berbuat demikian, sehingga 24 Oktober ini.



Sebelum ini, sehingga 50 peratus pekerja boleh WFH dibenarkan kembali ke tempat kerja.



Ditanya sama ada wujud pandangan yang berlainan dalam MTF dan pemerintah Singapura tentang pendekatan yang diambil untuk membuka semula ekonomi, Encik Wong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata pasukan bertindak itu menimbangkan setiap keputusan dengan amat berhati-hati dan mendapatkan pandangan pakar perubatan dan penasihat lain.



Beliau menekankan Singapura pada masa ini tidak kembali kepada tempoh pemutus litar dan hanya memperketat langkah-langkah pembukaan semula untuk mengurangkan kadar penularan.



Encik Wong berkata, dua keutamaan pada masa ini adalah menstabilkan protokol jagaan kesihatan, termasuk protokol baru yang membolehkan orang yang dijangkiti Covid-19 pulih di rumah dan untuk memperkukuh keupayaan jagaan kesihatan supaya dapat menampung bilangan kes harian yang lebih tinggi.



"Buat masa ini, kita mengalami hampir 2,000 kes baru setiap hari. Sebagai contoh, jika bilangan kes bertambah kepada 5,000 sehari, kita mahukan keupayaan yang boleh menampung lonjakan itu," kata Encik Wong.



Justeru, keputusan memperketat langkah pembukaan semula tidak dilaksana secara sewenang-wenangnya, tambah beliau.



"Kami tahu ia akan menyebabkan kesakitan, kekecewaan dan kemarahan di kalangan ramai orang yang ingin pembukaan semula diteruskan. Kami faham.



"Namun bersama pakar perubatan, kami telah meneliti data dan bukti yang ada dan kami sedar ada risiko besar sistem jagaan kesihatan boleh menjadi terlalu dibebani dan ia perlu dilindungi. Justeru, kami mengambil keputusan tersebut," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >