Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Pemilik bangunan dengan prestasi tenaga lemah perlu jalani audit

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



PEMILIK bangunan dengan prestasi tenaga yang lemah akan dikehendaki menjalankan audit tenaga dan melaksanakan langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga di bawah rejim Peningkatan Tenaga Wajib (MEI) baru yang akan diperkenalkan menjelang akhir 2024.



Langkah-langkah bagi mengurangkan penggunaan tenaga boleh termasuk penyelesaian mudah dan yang menjimatkan kos seperti menggantikan bahagian dan penderia yang rosak atau meminta penyewa menggunakan lampu yang menjimatkan tenaga.



Pemilik bangunan yang ingin melakukan pengubahsuaian yang lebih meluas juga boleh memohon geran di bawah Skim Insentif Green Mark untuk Bangunan Sedia Ada 2.0, yang menyediakan pembiayaan bersama bagi kerja-kerja pengubahsuaian untuk mencapai sekurang-kurangnya piawaian Green Mark Platinum.



Demikian kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, dalam ucapannya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara.



Sebagai permulaan, MEI akan dikenakan terhadap bangunan komersial yang paling intensif tenaga, kemudahan penjagaan kesihatan, pusat sukan dan rekreasi serta bangunan institusi dengan Keluasan Lantai Kasar 5,000 meter persegi ke atas, katanya.



"Pemilik bangunan akan dikehendaki mengekalkan tahap prestasi tenaga yang lebih baik dalam tempoh yang ditetapkan.



"Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) sedang berunding dengan industri mengenai butiran dan keperluan MEI dan akan berkongsi lebih banyak butiran kelak," tambah Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >