Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pemilik flat di Tampines tanggal tangki ikan koi di tangga pintu masuk

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemilik flat di Tampines tanggal tangki ikan koi di tangga pintu masuk

Apr 25, 2019 | 06:08 PM

PEMILIK flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang memasang tangki ikan di tangga pintu rumahnya telah menanggalkan tangki itu selepas rayuannya ditolak.

Penduduk flat di Tampines Street 41 itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tan ketika ditemui The Straits Times sebelum ini, telah memasang panel kaca ke dinding empat anak tangga di flat tingkat bawah bagi menempatkan sekitar 10 ikan koi.

Tangki itu dibuat tiga hingga empat tahun lalu, dan pemiliknya tidak sedar bahawa beliau perlu mendapatkan kebenaran berbuat demikian.

Apabila tangki itu dipaparkan dalam media tahun lepas, HDB Januari lalu menyatakan bahawa lelaki itu tidak boleh berbuat demikian atas soal keselamatan.

Beliau membuat rayuan selepas berbincang dengan Majlis Bandaran Tampines mengenai langkah menangani isu keselamatan yang dibangkitkan oleh HDB.

Agensi itu menolak rayuan tersebut awal bulan ini dan menyatakan sebab utamanya ialah kerana tangga itu adalah kawasan milik bersama.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3