Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik Restoran Keluarga Afghanistan di Tampines meninggal dunia

Jul 18, 2022 | 03:51 PM



DIKENALI sebagai insan yang murah hati, rendah hati dan berhati mulia, pemergian pemilik Restoran Keluarga Afghanistan di Tampines Street 23, Encik Mahmood Abdullah, bukan sahaja kehilangan besar buat keluarganya, tetapi juga masyarakat.


Allahyarham, yang bakal mencecah usia 74 tahun November ini, meninggal dunia akibat pnuemonia di hospital dalam 4.19 pagi pada Isnin (18 Julai), menurut anak sulungnya, Encik Mobin Mahmood.


Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Mobin berkata Allahyarham menghidap penyakit tersebut sejak sebelum Disember tahun lalu dan pemergiannya amat menyedihkan.


“Beliau seorang yang baik, ayah yang baik, dan ketua keluarga kami ...seorang yang penyayang, ambil berat, dan suka bergurau,” cerita beliau.


Menurut Encik Mobin, beliau sekeluarga pada mulanya membuat keputusan untuk berkongsi mengenai pemergian arwah Encik Mahmood kepada orang-orang terdekat sahaja.


Namun, berita tersebut tersebar dan beliau tersentuh melihat ucapan takziah dan limpahan kata-kata baik daripada orang ramai, yang menjadi bukti bahawa ayahnya itu seorang yang amat disayangi ramai.


“Beliau seorang yang sentiasa mengingati kami tentang Allah dan untuk melakukan perkara yang baik,” ujar pengurus Restoran Keluarga Afghanistan itu yang menambah bahawa ibunya dan arwah ayahnya sentiasa berusaha untuk memastikan makanan yang dijual di kedai mereka dimampui.


Seorang bekas pekerja Restoran Keluarga Afghanistan, Cik Zaiton Ismail, 84 tahun, masih terkenang jasa baik Allahyarham yang menghargai khidmat pekerjanya.

Setelah Cik Zaiton berhenti bekerja di sana setelah 13 tahun, Allahyarham memastikan bahawa setiap kali Cik Zaiton ke restoran tersebut, beliau dapat makan secara percuma.


“Beliau orangnya tidak sombong. Beliau banyak berjasa dan merupakan seorang yang dermawan,” tambah Cik Zaiton yang mengharapkan agar orang ramai mendoakan dan sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.


Rakan keluarga yang juga Pengerusi Masjid Al Abdul Razak, Encik Mohammed Shahrin Shamsuddin, berkata bahawa Allahyarham mempunyai keperibadian yang baik.

Kehilangan seorang sahabat sejati, Encik Shahrin berkata:


“Almarhum seorang dermawan, sentiasa bersedia untuk hulurkan bantuan. Beliau selalu ukirkan senyuman apabila hadir ke masjid sama ada untuk solat atau hadir kuliah.

“Setiap Khamis dan Jumaat beliau tidak lepas untuk bersedekah puluhan bungkusan makanan untuk jemaah di masjid.”


Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al Abdul Razak setelah solat Asar, sebelum dikebumikan di Pusara Aman.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >