Pemuda mahu luaskan mesej keamanan di peringkat negara, sejagat
Premium
Pemuda mahu luaskan mesej keamanan di peringkat negara, sejagat
Jul 22, 2018 | 5:30 AM
SEMAI BIBIT KEPERCAYAAN: Encik Mohamed Irshad Abbas Ali yakin dengan langkah positif untuk menyemai bibit persefahaman dan kepercayaan dalam masyarakat. - Foto BM oleh NAZRY MOKHTAR -
APABILA paparan kartun Nabi Muhammad oleh majalah satira Charlie Hebdo mencetus api kemarahan umat Islam pada 2012, bahangnya turut dirasakan Encik Mohamed Irshad Abbas Ali.
Namun, suara hati dan bisikan naluri pemuda berusia 28 tahun itu mencegah beliau daripada bertindak balas secara membuta tuli.

