Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencipta inovasi pilih kerjaya hijau, mahu cetus perubahan mampan

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



TAWARAN untuk bekerja dengan syarikat teknologi gergasi Google yang diterimanya pada 2011 ditolak tanpa sebarang keraguan.



Sebaliknya, dengan berbekalkan modal sekadar $7,000, Encik Muhammad Ibnur Rashad Zainal Abidin memutuskan untuk membangunkan makmal inovasi bagi mencari huraian bagi masalah kontemporari yang menepati keperluan sosial dan alam sekitar.



Keinginan untuk menyumbang ke arah membentuk dunia yang lebih mampan merupakan antara dorongan bagi belia seperti Encik Ibnur, 36 tahun, dalam memilih kerjaya 'hijau' yang selaras dengan prinsip dan minat mereka.



Meskipun kestabilan dan peluang kerjaya tetap diutamakan, belia juga ingin membantu mencapai matlamat ke arah negara yang lebih 'hijau' melalui usaha menyahkarbon atau mengubah kepada agrikultur dan pembangunan yang lebih mampan.



Melalui makmal yang diberi nama Ground-up Innovation Labs for Development (GUILD), Encik Ibnur dan pasukannya telah berjaya mencipta beberapa huraian mesra alam yang dapat dimanfaatkan syarikat dan organisasi, termasuk pembesar suara yang diperbuat dari buluh yang tidak menggunakan kuasa elektrik serta sistem kebun terapung.



Sistem kebun terapung tersebut- di mana sayur-sayuran seperti kangkung dan kobis ditanam- menggunakan teknik berkebun di atas air dan mempunyai potensi bagi membantu Singapura dalam mempelbagaikan sumber makanannya, menurut perintis dan Pengarah Kerjasama Masyarakat GUILD itu yang berusia 36 tahun.



Ia juga diharap dapat menangani isu pembuang botol plastik dengan mengitar semula botol tersebut bagi membantu kebun itu terapung di atas air, tambahnya.



"Tempoh Covid-19 menunjukkan bagaimana ekosistem makanan di Singapura kurang berdaya tahan.



"Justeru, kami dapati projek ini berpotensi untuk membantu negara menangani isu keselamatan makanan yang dihadapi.



"Jika kami dapat menganjakkan penghasilan makanan di Singapura sebanyak satu peratus, kami sudah cukup berpuas hati," ujarnya yang kini mengendalikan kebun terapung tersebut di tiga kawasan perairan swasta di Kampung Kampus, Pusat Sains Singapura dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.



Selain peluang untuk menyumbang kepada usaha ke arah kemampanan, belia juga memastikan nilai atau prinsip yang dipegang syarikat dalam isu-isu alam sekitar- termasuk krisis iklim dan pelepasan karbon- selaras dengan pegangan mereka.



Malah perbezaan nilai ini memainkan peranan dalam menentukan sama ada belia ingin kekal bekerja untuk mana-mana syarikat, menurut Encik Ismail Weiliang, 28 tahun.



Encik Ismail, seorang jurutera, memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya sebelum ini sebagai jurutera yang mengendalikan projek persisiran disebabkan perbezaan dari segi nilai yang dipegang berkaitan alam sekitar.



"Saya dapati projek yang diberikan kepada saya pada masa itu tidak selaras dengan kepercayaan saya dan apa yang saya ingin lakukan (untuk alam sekitar)," ujarnya.



Encik Ismail kini bekerja untuk sebuah syarikat berbilang negara (MNC) sebagai seorang jurutera air yang menumpukan terhadap usaha mewujudkan huraian digital bagi mengawal risiko banjir dan untuk membina daya tahan iklim di Asia Timur.



Satu tinjauan oleh firma khidmat profesional, Accenture tahun ini, menunjukkan bahawa empat dalam lima belia di Asia Pasifik- termasuk Singapura- mempunyai keinginan untuk menyertai ekonomi hijau.



Dalam pada itu, laporan SkillsFuture Singapore terkini menunjukkan permintaan untuk bekerja dalam bidang ekonomi hijau melonjak tinggi dalam tempoh empat tahun lalu.



Antaranya, permintaan untuk pengurusan prasarana hijau meningkat 23 kali ganda sementara permintaan pekerja bagi pengurusan pelaburan mampan melonjak 15.5 kali ganda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >