Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencipta 'Squid Game' dinobat Asian of the Year

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



PENCIPTA filem warga Korea berusia 50 tahun yang telah merebut hati ramai melalui siri drama distopia menyentuh tentang isu-isu yang timbul dalam masyarakat kontemporari, dinobat Asian of the Year oleh akhbar The Straits Times tahun ini.



Setiap tahun, editor akhbar tersebut akan memilih seseorang individu, kumpulan, atau institusi yang dinilai sebagai meninggalkan kesan mendalam terhadap Asia pada tahun sebelumnya.



Encik Hwang Dong-Hyuk, pencipta siri Squid Game, dipilih tahun ini atas kreativitinya yang mencerminkan masyarakat.



Siri di Netflix yang diciptanya itu mempunyai kesan yang lebih luas, bukan hanya sebagai program televisyen tetapi sebagai fenomena global, menurut kenyataan akhbar itu.



Drama tersebut berkisar tentang sekumpulan individu, masing-masing dengan masalah mereka sendiri, yang menyertai pertandingan untuk memenangi wang 45.6 bilion won ($52.9 juta).



"Sebagai ulasan sosial, ia telah mencetuskan soalan tentang kapitalisme, ketidaksamaan dan cara masyarakat memperlakukan mereka yang kurang bernasib baik.



"Sebagai perusahaan komersial, ia menunjukkan kepada Hollywood tentang potensi kandungan bukan Inggeris.



"Selain itu, ia juga membawa pengaruh budaya global Korea Selatan, yang telah pun mencapai kemajuan meluas - ke peringkat yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu lagi.



Ketua editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil SPH dan editor ST, Encik Warren Fernandez, berkata:



"Pilihan tahun ini bagi anugerah The Straits Times Asian of the Year mungkin dilihat luar biasa, malah mungkin sesuatu yang mengejutkan kepada ramai pihak.



"Namun dalam tempoh ini di mana ramai yang terkurung di rumah dalam pandemik dan mencari ketenangan dengan menonton kandungan melalui penstriman, siri yang membimbangkan dan mencetus pemikiran ini membuat dunia membincangkan isu-isu mendalam mengenai ketidaksamaan dan kurangnya perikemanusiaan dalam sesetengah masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >