Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan berbilang cara perlu untuk perangi penipuan yang kian meningkat di SG

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH divisyen anti-penipuan polis yang baru telah mengaup semula wang hasil penipuan hampir $66 juta dalam separuh pertama tahun ini, kata Menteri Negara Ehwal dalam Negeri, Encik Desmond Tan.



Divisyen Anti-Penipuan (ASD) itu, yang ditubuhkan pada Mac tahun ini bertindak sebagai pusat untuk menyiasat kes-kes berhubung penipuan dan memberi tumpuan pada usaha mengesan, menjejas dan mengurangkan kesan penipuan.



Menurut Encik Tan, ASD bekerjasama rapat dengan penguasa undang-undang luar negara kerana banyak penipuan melibatkan sindiket luar negeri.



Menambah, Encik Tan berkata enam sindiket yang menjalankan operasi di berbilang negara telah dibongkar dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Pasukan Polis Hong Kong dan Polis Taiwan pada Jun lalu.



Beliau menyentuh tentang usaha ASD itu dalam ucapannya di webinar mengenai penipuan yang dianjurkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), semalam.



Webinar itu, yang dianjurkan oleh Pusat Sains Kelakuan Home Team (HTBSC), antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang penipuan. Ia turut melibatkan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), Persatuan Bank di Singapura serta platform perdagangan elektronik (e-dagang) seperti Lazada dan Carousell.



Bilangan kes penipuan yang dilaporkan kepada polis bertambah tiga ganda antara 2016 dengan 2020, daripada sekitar 5,400 kepada 16,000 kes.



Tahun lalu, kes penipuan merangkumi 42.1 peratus daripada semua kes jenayah di sini, dengan kerugian dianggarkan sekitar $265 juta.



Menggunakan pembentukan ASD itu sebagai contoh, Encik Tan berkata pendekatan berbilang cara diperlukan untuk memerangi penipuan yang semakin meningkat di Singapura.



Selain mengatur operasi dengan lebih bersepadu, beliau berkata Singapura juga telah memperkukuh dan mempertingkat undang-undang; menggunakan teknologi untuk mencegah penipuan dan memperkukuh usaha pendidikan awam.



Namun, rakan kongsi dalam industri, seperti telko, bank, platform media sosial dan e-dagang juga memain peranan penting dalam memerangi penipuan.



Menurut Encik Tan, agensi pemerintah, industri lain dan masyarakat harus bekerjasama untuk menghentikan penipuan yang kini berkembang cepat dengan cara yang lebih berkesan.



"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk memastikan huraian yang ada terus berkesan untuk mengatasi taktik penipu yang berubah," ujar Encik Tan.



Kesan penipuan terhadap mangsa melebihi kehilangan wang, tambah beliau.



"Kita semua tahu trauma emosi dan kesan menjadi mangsa penipuan adalah amat serius," ujar beliau, yang juga Menteri Negara Kemampanan dan Sekitaran.



"Sebagai contoh, semasa melakukan kerja dalam masyarakat, kita selalu bertemu mangsa dalam kalangan penduduk yang berkongsi bagaimana mereka terkesan atau menjadi murung selepas ditipu ribuan dolar."



Semalam, MHA juga melancarkanbuku elektronik bertajuk "Scammer, Beware: Building Societal Resilience to Scams", satu usaha meningkatkan kesedaran penipuan dalam masyarakat dan boleh diperoleh secara percuma menerusi www.scaminar.sg.




BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SAMA ADA PANGGILAN ITU ADALAH PENIPUAN?



Tahun lalu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda) dan syarikat telekomunikasi telah bekerjasama untuk memperkenalkan awalan '+' untuk semua panggilan dari luar negara.



Usaha ini telah membantu orang ramai mengenali panggilan yang mencurigakan dan palsu dari luar negara.



Jika anda menerima panggilan telefon dari nombor yang bermula dengan '+65', kemungkinan besar ia panggilan palsu dari luar negara. Semua panggilan tempatan tidak menggunakan awalan '+65'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >