Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Yishun gotong royong cari warga emas yang hilang; ditemui sehari kemudian di Tagore Lane

Oct 12, 2023 | 05:11 PM



Seorang warga emas lelaki dilaporkan hilang lebih 12 jam di Yishun pada malam Selasa dan kemudian ditemui di sebuah kawasan perindustrian di Yio Chu Kang, sekitar 7 kilometer dari rumahnya tengah hari Rabu.

Dengan bantuan orang awam dan akar umbi, warga emas berusia 80 tahun itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Lee berjaya dipulangkan oleh seorang pemandu yang tidak dapat dikenalpasti selepas beliau ditemui berjalan berseorangan diri di Tagore Lane.

Menurut anggota akar umbi Nee Soon Central yang dihubungi Berita Harian (BH), Encik Lee dilaporkan hilang dari 8 malam Selasa, selepas mendapatkan pek bantuan ComCare dari anggota Rangkaian Penduduk di Blok 609 Yishun Street 61.


Beliau akhirnya dipulangkan ke rumahnya sekitar 12 tengah hari pada Rabu, selepas ditemui di kawasan perindustrian Tagore Lane, di Yio Chu Kang, sekitar 7 kilometer dari lokasi terakhir beliau dilihat anggota akar umbi.

Hal ini pertama kali didedahkan seorang pengguna Facebook bernama Encik Eddie Teo pada Rabu, sekitar 4.15 petang.







Dalam kenyataannya itu, beliau berkata ayah mentuanya dilaporkan hilang selama 12 jam pada Selasa.

“Tanpa pilihan lain saya memutuskan untuk memberitahu Anggota Parlimen kami pada awal pagi (Rabu) dan beliau telah membalas dengan secepatnya.”

Anggota Parlimen (GRC Nee Soon) dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengesahkan kejadian ini dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata selepas mendapat berita itu, pihaknya mula rasa bimbang.

“Saya telah menghubungi anak perempuan beliau (Encik Lee) dengan secepat mungkin dan mengesyorkan kepadanya, kami telah mengaktifkan relawan kami untuk mencarinya,” kata Dr Faishal.

Apabila dihubungi, pengerusi Rangkaian Penduduk Khatib Springs, Encik Winston Loo, berkata Encik Lee ditemui di Tagore Lane oleh seorang pemandu kenderaan ‘baik hati’ yang tidak dapat mereka kenal pasti.

Beliau berkata, Encik Lee dipercayai menghidap penyakit demensia ringan yang berupaya menjejas ingatannya.

Encik Loo, selepas menerima arahan tertera dalam kumpulan akar umbi di WhatsApp, telah mengerahkan relawan serta memberitahu pengendali gerai makanan dan kedai runcit berhampiran, untuk melaporkan sebarang kenampakan Encik Lee.

Namun usaha itu tidak berhasil.

Menurut Encik Lewis Yong, pengerusi Rangkaian Penduduk Zon 6 Nee Soon Central – iaitu kawasan kejiranan Encik Lee – pihaknya telah mencari Encik Lee seluruh pagi namun tidak berjaya.

Encik Yong yang telah mendekati isteri Encik Lee, telah mengerahkan relawan untuk memastikan beliau menerima maklumat terkini usaha pencarian itu.

Sepanjang kejadian, Encik Yong berkata isteri Encik Lee kelihatan bimbang terhadap keselamatan suaminya.

“Sekitar waktu makan siang, isteri Encik Lee menghubungi saya dan berkata terdapat seorang yang telah menghantarnya pulang dengan selamat,” katanya.

Encik Yong juga berkata, Encik Lee dan isterinya jarang keluar dari rumah.

“Mungkin itu telah menyebabkan beliau panik dan hilang jalan semasa berjalan pulang ke rumah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >