Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima dermasiswa perakaunan cari duit sekolah sendiri

Oct 22, 2019 | 05:30 AM



RINDU untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rindu untuk menghabiskan masa seperti remaja lain.



Demikian luahan Nur Masdiana Roslee, 19 tahun, apabila ditanya tentang kehidupannya buat masa ini.



Sebabnya, sejak berusia 17 tahun, anak kedua tiga beradik perempuan itu sudah mula bekerja secara sambilan semata-mata demi menanggung sendiri perbelanjaan sekolah.



Namun penuntut tahun kedua Politeknik Singapura (SP) jurusan perakaunan itu boleh menghela sedikit nafas lega selepas menerima dermasiswa bernilai $3,000 hasil keputusan cemerlang tahun pertamanya di SP.



Nur Masdiana, yang mendapat Gred Purata Mata (GPA) 3.6 bagi keputusan tahun pertamanya, merupakan antara 36 penerima dermasiswa Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) Cares yang disampaikan baru-baru ini.



Menceritakan perjalanan hidupnya sebagai remaja, Nur Masdiana berkata beliau terpaksa bekerja hampir setiap minggu selaku pembantu jualan bagi meredakan tanggungan ibunya - tanpa ayah di sisi.



Katanya, sejak sekitar dua tahun lalu, ibunya tidak lagi bekerja atas sebab kesihatan. Kakaknya pula sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, tetapi beliau tetap membantu sedaya mungkin, sedangkan adiknya masih di sekolah menengah.



"Jadi untuk memastikan simpanan ibu dapat bertahan lebih lama, saya bekerja sambilan.



"Apa yang saya raih saya gunakan untuk beli makan dan keperluan sekolah selain membayar bil telefon sendiri," katanya.



Beliau menganggarkan meluangkan masa sehingga 10 jam bekerja hampir setiap hujung minggu semata-mata untuk mendapatkan sekitar $300 setiap hujung minggu.



Masa belajarnya ialah pada hari biasa selepas waktu sekolah atau hujung minggu sekembalinya dari kerja.



Justeru dermasiswa yang diraihnya akan digunakan sebaik mungkin bagi menampung perbelanjaan keperluan sekolah hariannya.



Menurut Nur Masdiana, ibunya Cik Masdewani Mashod, 45 tahun, kini menghabiskan masa di rumah selain menjaga pemakanan harian mereka sekeluarga.



"Saya rindukan masa semasa kami sekeluarga duduk semeja makan dan minum bersama.



"Rasanya tidak adil kerana sebagai remaja, saya tidak dapat nikmati apa yang dilalui belia lain yang sebaya saya.



"Atas sebab-sebab yang tidak dielakkan, saya terpaksa mencari nafkah demi menampung perbelanjaan sekolah," ujarnya yang turut menghabiskan masa lapangnya menghasilkan jurnal peribadinya sendiri.



Sejauh ini dua jurnal yang dihasilkannya dianggap amat bernilai buatnya kerana menjadi tempat untuk dirinya mencurahkan perasaannya.



Ditanya tentang rancangan masa depannya, Nur Masdiana berkata beliau bercita-cita bekerja di jabatan perakaunan syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) selepas tamat kursus diplomanya kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >