Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima Pingat Budaya dirai di The Arts House

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



MERAIKAN pencapaian penerima anugerah tertinggi kesenian Singapura, Pingat Budaya, menerusi paparan khusus kisah perjalanan seni mereka dalam bentuk fizikal seperti gambar dan digital di The Arts House.



Inilah yang dapat orang ramai lakukan sesudah pelancaran Our Cultural Medallion Story (Kisah Penerima Pingat Budaya Kita) semalam oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.



Idea mengadakan paparan khas ini tercetus selepas Majlis Seni Kebangsaan (NAC) selaku pentadbir Pingat Budaya mengadakan perbincangan bersama penerima Pingat Budaya mengenai apa yang boleh dilakukan bagi menyokong sektor seni dan budaya dengan lebih baik lagi.



Justeru, bagi meraikan ulang tahun ke-30 NAC, Our Cultural Medallion Story ini merupakan projek yang ditugaskan NAC dan diuruskan Arts House Ltd (AHL).



Ia berbilang fasa dan merupakan kerjasama beberapa agensi. AHL menghasilkan fasa pertama paparan ini dengan agensi kerjasama seperti Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Galeri Nasional Singapura dan SPH Media.



Pengunjung berpeluang mengimbas semula bagaimana landskap seni dan budaya Singapura maju dari tahun ke tahun.



Ia mengiktiraf ikon budaya Singapura yang telah memainkan peranan mencorak pembangunan persada seni dan mencetus inspirasi generasi seniman dan penonton.



Pengunjung ke Our Cultural Medallion Story ini akan menerima alat token Komunikasi Berhampiran Lapangan (NFC) untuk berinteraksi dengan beberapa sudut pilihan paparan ini.



NFC ini membenarkan pengunjung memberi respons dan memberi maklum balas sepanjang mereka meneroka paparan khas, mengetahui kisah perjuangan seni penerima Pingat Budaya dan mempelajari tentang sumbangan mereka dalam bidang kesusasteraan, filem, seni visual, seni pementasan dan berbilang disiplin.



Beberapa koleksi video ringkas 40 penerima Pingat Budaya yang dihasilkan NAC untuk majlis penyampaian tahunan sejak 2004 juga boleh ditonton. Syiling, pin lapel dan sijil Pingat Budaya juga turut dipamerkan.



Di acara pelancaran semalam, Encik Tong berkata:



"Penerima Pingat Budaya kita telah memperkaya dan menjulang landskap seni dan budaya Singapura.



"Mereka juga secara bermurah hati telah berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka bersama bakat muda bercita-cita tinggi dalam persada seni.



"Menerusi paparan khas ini, kisah pemburuan kecemerlangan dan daya bingkas mereka yang penting disampaikan kepada warga Singapura dan generasi mendatang bagi membantu kita menghargai bagaimana kita kini dan bangga untuk menjadi warga Singapura."



Pingat Budaya adalah inisiatif mantan Presiden, Encik Ong Teng Cheong, yang pada 1979 merupakan Menteri Kebudayaan.



Ia disampaikan oleh Presiden Singapura setiap tahun buat individu dengan kecemerlangan artistik serta sumbangan dan komitmen pada seni.



Sehingga kini, 130 seniman mapan telah menerima Pingat Budaya dan mempunyai akses hingga $80,000 untuk menggerakkan projek seni yang membawa impak positif pada pembangunan kesenian dan kebudayaan Singapura.



Pada Rabu lalu, penghibur Rahimah Rahim, 66 tahun, adalah antara penerima Pingat Budaya tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >