Penerimaan terhadap pasangan yang kahwin semula lebih tinggi
Premium
Penerimaan terhadap pasangan yang kahwin semula lebih tinggi
Jul 31, 2022 | 5:30 AM
"Penerimaan masyarakat kini mungkin lebih terbuka. Dulu kalau kahwin janda atau duda, mungkin langsung tak dapat diterima keluarga. Orang tua mereka mungkin kata 'betul kau nak kahwin janda atau duda?' Sekarang mereka mungkin kata 'Baguslah, Alhamdulillah'. "Saya selalu nasihatkan pasangan seperti ini supaya berunding dengan baik kerana walaupun mereka sudah bersedia, kita masih perlukan ibu bapa. "Saya selalu kata, berikan masa untuk buktikan bahawa anda betul-betul bersedia dan ibu bapa yakin ini adalah pilihan tepat untuk anda dan anak-anak anda." - Ustaz Nuzhan Abdul Halim, Naib Kadi. -
TERDAPAT tahap penerimaan yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat serta sokongan lebih kukuh terhadap pasangan yang kahwin semula, kata Naib Kadi, Ustaz Nuzhan Abdul Halim.
Namun, masih ada stigma yang wujud dalam sesetengah keluarga terhadap perkahwinan melibatkan pasangan janda atau duda.

