Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN - PEMBUKAAN PUSAT GUAMAN MASYARAKAT

Pengalaman ayah cetus minat bantu orang lain

Para penduduk di kawasan timur laut Singapura, seperti di Hougang, Punggol dan Sengkang yang mempunyai masalah berkaitan undang-undang dan memerlukan bantuan guaman kini boleh ke Pusat Guaman Masyarakat yang baru dibuka oleh Pro Bono SG. Terletak di perkarangan kuil Tian De, Hougang, pusat itu yang akan menempatkan dua peguam sepenuh masa, adalah yang pertama daripada lima pusat dirancangkan di estet-estet kejiranan di merata negara. Realisasi impian kerja kemasyarakatan sebagai pengurus Pusat Guaman Masyarakat
Feb 14, 2023 | 05:30 AM



SEJAK kecil lagi, Cik Natasha Abdul Rahman Baobed sering mendengar warna-warni kisah pengalaman ayahnya melakukan kerja kemasyarakatan semasa waktu lapangnya.



Tanpa disedari, pengalaman bapanya, Encik Abdul Rahman Baobed meninggalkan kesan dalam diri hingga mencetuskan minat untuk membantu orang lain.



Kini sebagai pengurus, Pusat Guaman Masyarakat, Cik Natasha, 35 tahun, dapat merealisasikan impiannya untuk 'turun padang' dan membantu golongan yang memerlukan mendapatkan bantuan guaman.



Sebelum ini, lulusan diploma dalam pengajian eksekutif guaman itu bertugas di pejabat utama Pro Bono SG, sebagai pegawai eksekutif kanan.



Pusat Guaman Masyarakat yang terletak di premis Kuil Tian De di Hougang itu, adalah yang pertama oleh Pro Bono SG di kawasan kejiranan, dan akan memberi tumpuan kepada penduduk timur laut seperti di Hougang, Punggol serta Sengkang.



Di pusat ini, Cik Natasha berperanan memastikan ia beroperasi dengan baik di samping bekerjasama dengan dua peguam sepenuh masa dan rakan masyarakat di sekitar kawasan tersebut.



Menjelaskan lanjut, beliau berkata: "Sejak dari dulu lagi, saya memang suka menolong orang lain dan berminat dalam bidang undang-undang.



"Sebab itu, saya menceburi pengajian dalam bidang guaman dan bertapak sebagai setiausaha guaman di sebuah firma guaman.



"Sikap suka menolong ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ibu bapa saya yang suka membantu orang lain, dan saya tertarik terutamanya apabila mendengar cerita-cerita bapa saya menjalankan kerja kemasyarakatan semasa menjadi sukarelawan di Pertapis dahulu."



Namun selepas lebih empat tahun bertugas di firma guaman yang lebih banyak menangani kes komersial, Cik Natasha sedar beliau lebih suka menyingsing lengan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.



Ini lantas mendorongnya menyertai Pro Bono SG, yang pada masa itu adalah sebuah jabatan di bawah Persatuan Guaman.



"Saya lebih cenderung untuk menolong golongan yang benar-benar memerlukan dan kurang bernasib baik kerana lazimnya, mereka ini kekurangan akses kepada keadilan atau bantuan guaman.



"Dan saya rasa perlunya untuk memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran mengenai akses terhadap bantuan guaman," ujar beliau yang belum berumah tangga.



Lantaran itu, Cik Natasha cukup bersemangat untuk menjalankan peranan barunya di Pusat Guaman Masyarakat kerana ia memberi tumpuan kepada golongan memerlukan.



"Saya sendiri pernah menyaksikan jerih payah golongan susah apabila mereka ke pejabat kami di Chinatown.



"Misalnya, saya pernah menerima klien seorang lelaki kurang upaya yang datang jauh dari Woodlands dan menghadapi banyak cabaran dalam hidupnya.



"Jadi golongan seperti ini bukan sahaja memerlukan bantuan guaman bahkan mungkin juga bantuan dari segi kewangan dan sebagainya."



Menurut Cik Natasha, berbanding dengan peranan lamanya, beliau menjangkakan cabaran berbeza apabila menguruskan pusat terkini itu.



"Kalau sebelum ini, saya boleh sedikit sebanyak menjangkakan jenis klien yang akan datang ke pejabat sebab semuanya harus membuat permohonan dalam talian dan saya boleh tahu latar belakang mereka.



"Tetapi di pusat ini, disebabkan orang ramai boleh 'walk-in' sahaja, maka saya mahupun rakan sekerja lain tidak tahu apa yang boleh kami jangkakan dan perlu bersedia menghadapi apa sahaja jenis klien," tambahnya.




"Sikap suka menolong ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ibu bapa saya yang suka membantu orang lain, dan saya tertarik terutamanya apabila mendengar cerita-cerita bapa saya menjalankan kerja kemasyarakatan semasa menjadi sukarelawan di Pertapis dahulu."



- Cik Natasha Baobed, pengurus, Pusat Guaman Masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >