Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Pengalaman NDP uji ketangkasan berfikir juruanimasi politeknik

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan diadakan di Padang kali ini. BERITA HARIAN mengetengahkan kisah-kisah warga Singapura yang terlibat dalam perbarisan tahun ini.
Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Apabila Encik Hussein Haiqal Riduan mula-mula memaklumkan rakan-rakannya bahawa beliau menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023, ada di antara mereka yang agak terkejut.

Bahkan, tidak kurang juga usikan yang diterimanya apabila karya Juruanimasi Dalaman Politeknik bagi Jawatankuasa Berbilang Media (MMC) NDP itu pertama kali dipaparkan kepada khalayak umum semasa previu NDP.

Namun di sebalik usikan dan reaksi sedemikian, beliau bangga melihat titik peluhnya membuahkan hasil dan dipertontonkan secara besar-besaran.

Anak bongsu dalam tiga beradik berusia 18 tahun itu berkata: “Ia membuat saya rasa bangga untuk melihat usaha saya berhasil.

“Saya juga ingin memberi penghargaan kepada MMC kerana mereka banyak membantu dalam semua tugasan saya, memberi saya panduan... dan saya dapat belajar daripada ramai mentor.”

Menurut pelajar tahun akhir Diploma Penerbitan Pasca-Media di Politeknik Ngee Ann (NP) itu, beliau ditugaskan mencipta dan menyunting grafik yang dipaparkan di skrin – misalnya judul segmen dan bentuk formasi dalam segmen ‘Military Tattoo’.

Encik Hussein menjelaskan beliau amat tertarik dengan apa yang berlaku di balik tabir dalam acara NDP jadi apabila beliau mendapat tahu adanya peluang untuk terlibat sama sebagai sebahagian daripada projek tahun akhirnya di NP, beliau tidak berfikir dua kali.

Beliau berkata: “Peluang seperti ini tidak datang selalu...jadi apabila saya diberikan taklimat mengenai (penglibatan dalam) NDP, saya rasa sangat teruja.”

Beliau menyifatkan ketangkasan berfikir bagi mencari penyelesaian sebagai antara cabaran terbesar untuknya, di samping menyesuaikan diri dengan suasana luar dari alam persekolahan.

“Sebelum ini, kami ada banyak masa untuk membuat kajian, menjana idea dan mengajukan pertanyaan kepada orang lain.

“Bahkan di sekolah, ada pensyarah yang boleh membimbing anda dan anda boleh meminta lanjutan tempoh.

“Tetapi di sini, anda harus sentiasa bersedia dan kekal bersiap siaga. Ini satu cabaran secara peribadi kerana saya tidak boleh bekerja di bawah desakan tekanan tetapi anggota MMC cuba membantu sedaya upaya,” jelas beliau.

Oleh demikian, beliau menjelaskan bahawa pengalaman yang diraih dalam NDP sesuautu yang “sangat unik berbanding apa yang diraih di sekolah”.

Ini setelah kebanyakan projek yang dibuat di sekolah adalah pada skala kecil dan dibuat dalam suasana terkawal.

“Tetapi di NDP, pelbagai perkara mungkin boleh berlaku dan salah satu cara anda dapat memperhalusi diri adalah untuk mengadaptasi (dengan apa yang berlaku). Anda perlu cari jalan penyelesaian tersendiri,” ujar jejaka itu.

Sungguhpun berdepan dengan cabaran sedemikian, beliau akur itulah satu-satu cara untuk belajar dan memperkasakan diri.

Dengan nada penuh yakin, beliau berkata: “Anda pasti akan lakukan kesilapan. Tetapi apa yang penting ialah anda belajar daripada kesilapan itu, dan anda belajar daripada orang lain serta cuba sedaya upaya untuk tidak melakukannya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >