Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengalaman sakit pinggang, lutut dorong jadi pejuang gaya hidup sihat

Terima Anugerah Juara Kesihatan atas usaha terajui program Senang Senam
Jan 06, 2023 | 05:30 AM



KETIKA Cik Syahrizan Mansor menghampiri usia pertengahan 40-an, beliau mula mengalami masalah kesihatan.



Antaranya termasuk sakit pinggang, sakit lutut dan juga mula mempunyai berat badan yang tinggi.



Meskipun menjalani gaya hidup yang sihat melalui aktiviti seperti berenang dan berlari, Cik Syahrizan, kini 48 tahun, berkata beliau mula sedar bahawa beliau harus membuat perubahan pada rutinnya bagi memenuhi keperluan semasanya.



Menyedari bahawa terdapat ramai dalam masyarakat Melayu/Islam di sini mungkin menghadapi masalah yang sama beliau yang merupakan Naib Pengerusi M3 @Jurong terdorong menerajui satu program Senang Senam.



Program tersebut, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Saham Kesihatan, adalah kerjasama antara Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dengan rakan kerja masyarakat.



Ia bertujuan membantu golongan dewasa yang bekerja serta ibu bapa muda mendapatkan sokongan yang mereka perlukan untuk kekal sihat dan aktif.



Atas sumbangannya kepada masyarakat, Cik Syahrizan telah menerima Anugerah Juara Kesihatan anjuran rangkaian Jaga Ummah, Jaga Kesihatan (JKJU) baru-baru ini.



Rangkaian JKJU merupakan satu usaha yang dibentuk HPB pada 2017.



Usaha ini bertujuan memperkukuh usaha menggalak masyarakat Melayu menjaga kesihatan.



Melahirkan perasaan gembira dapat menyumbang kepada masyarakat, Cik Syahrizan berkata program Senang Senam adalah titik permulaan.



"Melalui program ini, kita dapat mendekati golongan dewasa, yang sebahagian besar mereka merupakan ibu bapa.



"Jika kita dapat mendidik golongan ini, generasi akan datang juga dapat belajar tentang gaya hidup sihat.



"Dengan ini, ia mungkin boleh memberi impak yang lebih besar dalam masa akan datang," ujarnya.



Menceritakan pengalaman peribadinya, Cik Syahrizan berkata:



"Apabila saya mengalami isu-isu kesihatan ini, saya rasa pelik kerana sebelum ini saya selalu menjaga gaya hidup yang sihat, sejak kecil lagi.



"Tetapi apabila saya dapat tahu bahawa saya 'kurang' sihat semasa pemeriksaan kesihatan tahunan saya, saya mula menukar rutin saya.



"Dengan bantuan jurulatih peribadi yang membimbing saya dan mengajar saya semula tentang makanan yang saya dapat menikmati dan juga senaman yang saya harus lakukan, saya mula untuk menjadi lebih cergas," jelas ibu kepada dua anak lelaki itu.



Ingin memperkasakan golongan dewasa sepertinya, Cik Syahrizan bersama dengan relawan daripada M3 @Jurong, HPB dan ActiveSG telah bekerjasama untuk mengendalikan program Senang Senam.



Menganjurkan edisi kedua program tersebut tahun lalu, ia telah disertai seramai 40 orang berusia antara 32 tahun hingga 45 tahun, telah berdaftar bagi program 12 minggu itu.



Sebagai sebahagian daripada program tersebut, peserta terlibat dalam beberapa kegiatan seperti latihan litar, 'kickboxing' dan KPopX.



Selain itu, terdapat juga sesi alam maya di mana peserta dapat pelajari tentang kepentingan menjaga pemakanan dan rehat serta peluang untuk menjalani penilaian kecergasan untuk menjejaki kemajuan kesihatan mereka.



"Program ini direka supaya pemahaman dan pengetahuan tentang kesihatan ini meningkat bagi peserta.



"Ia disampaikan dengan cara yang mudah difahami supaya mereka dapat mempraktikkannya dan teruskan gaya hidup sihat yang mapan dalam masa akan datang," katanya.



Menurut Cik Syahrizan, setelah program tersebut selesai pada September tahun lalu, mereka telah menerima maklum balas yang menggalakkan.



Program ini telah mencapai kadar kejayaan 70 peratus dengan seramai 60 peratus antara mereka merupakan daripada masyarakat Melayu.



Katanya, ramai yang berkata program tersebut telah membuka mata mereka kepada potensi mereka untuk mencapai gaya hidup yang sihat.




“Melalui program ini, kita dapat mendekati golongan dewasa, yang sebahagian besar mereka merupakan ibu bapa. Jika kita dapat mendidik golongan ini, generasi akan datang juga dapat belajar tentang gaya hidup sihat. Dengan ini, ia mungkin boleh memberi impak yang lebih besar dalam masa akan datang.



– Cik Syahrizan Mansor mengenai program Senang Senam.




JAGA KESIHATAN, JAGA UMMAH (JKJU)



  • Rangkaian JKJU merupakan satu usaha yang dibentuk Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada 2017.

  •  Ia bertujuan perkukuh usaha galak masyarakat Melayu jaga kesihatan.

  •  Sebagai sebahagian daripada rangkaian ini, rakan kongsi masyarakat seperti masjid tawar pelbagai aktiviti dan program bagi jemaah untuk galak jaga kesihatan dan kesejahteraan secara tetap.

  •  Sejak 2021, HPB libatkan rakan kongsi masyarakat seperti M Kuasa Tiga (M3), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAC), sektor kesihatan dan juga badan kebajikan sukarela.

  •  Baru-baru ini, 53 individu dan rakan kongsi telah diiktiraf atas usaha mereka sokong inisiatif tingkat kesihatan dan kesejahteraan di kalangan masyarakat Melayu antara Disember 2021 dengan November 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >