Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman sebagai pegawai CNB, guru bantu selami masalah sosial

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



BELIAU bertukar kerjaya daripada seorang pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) ke seorang guru setelah arwah ibunya meluahkan keprihatinan bahawa pekerjaan menjejaki dan memberkas pesalah dadah adalah bahaya.



Namun, hanya setelah beliau dilantik guru disiplin, yang antaranya memerlukan beliau menangani isu pelajar yang datang daripada keluarga bermasalah, baru tercetuslah minat mendalami bidang sosial.



Justeru, lima tahun lalu, Encik Mohammad Isa Kassim, atas cadangan rakannya, mendaftar bagi Program Penukaran Profesional (PCP) oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) - kini dikenali sebagai Program Penukaran Kerjaya (CCP).



Maka bermulalah perjalanannya dalam sektor perkhidmatan sosial.



Pekerja sosial Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Thye Hua Kwan di Macpherson yang berusia 47 tahun itu berkata pengalamannya sebagai guru yang bantu menyelesaikan masalah pelajar telah mendorongnya untuk mendalami ilmu bagaimana untuk menangani isu sosial seperti itu.



Berkongsi pemerhatiannya ketika dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, bapa dua anak itu berkata: "Sebaik sahaja terdapat masalah dalam keibubapaan, ada jurang perhubungan dalam keluarga, pelajar yang datang ke sekolah bermasalah. Mereka kemudian akan melakukan kesalahan disiplin semata-mata mahu mendapatkan perhatian.



"Kadangkala apabila anda berbicara dengan mereka dalam cara yang tenang, anda dapat rasa apa yang dilalui mereka. Sebaik sahaja mereka menitiskan air mata, barulah anda dapat tahu bahawa oh, sebenarnya ayahnya atau ibunya di penjara, dan mereka perlu berbual dengan seseorang.



"Jadi sedang saya beransur menjadi pekerja sosial, saya dapat mendengar lebih banyak, bukan sahaja dari perspektif anak itu, tetapi juga ibu bapanya dan bagaimana kita dapat bekerjasama untuk memastikan sistem keluarga berjalan dengan baik."



Malah, pengalamannya sebagai bekas pegawai CNB turut memberinya lebih pendedahan tentang masalah sosial yang wujud dalam masyarakat.



Kini, antara tanggungjawab Encik Isa adalah menangani kes klien, melakukan siasatan dan menghubungkan mereka dengan agensi sesuai ataupun melakukan kaunseling bagi mereka di pusat keluarga.



Menurut beliau, salah satu cabaran yang dihadapi pekerja sosial sepertinya adalah beban emosi yang perlu dipikul apabila klien meluahkan masalah mereka.



"Jadi ia adalah tentang bagaimana kami memastikan kami menjaga diri kami. Adakah kami membawa pulang ke rumah emosi tersebut? Kami cuba untuk tidak melakukan demikian dan tidak sepatutnya melakukan demikian kerana ia akan menjejas pemikiran dan perasaan kami," ujarnya.



Bagaimanapun, Encik Isa berkata apa yang mendorongnya untuk kekal dalam kerjaya ini adalah kepuasan di mana beliau tahu mereka yang dibantunya, tidak kiralah anak, ibu atau bapa, sedang "tersenyum".



Menurutnya, jika seseorang ingin berkecimpung dalam bidang ini, mereka perlu bersedia untuk lebih memberi daripada menerima, selain "meminjamkan telinga".



"Jika anda ingin bekerja hanya kerana duit, anda boleh mencari kerja di tempat lain... Tetapi jika anda ingin membuat orang tersenyum, inilah pekerjaannya.



"Senyuman itu akan terpahat di minda anda dan membuat anda rasa tenang," ujarnya.




"Jika anda ingin bekerja hanya kerana duit, anda boleh mencari kerja di tempat lain... Tetapi jika anda ingin membuat orang tersenyum, inilah pekerjaannya.

Senyuman itu akan terpahat di minda anda dan membuat anda rasa tenang."

- Encik Mohammad Isa Kassim, pekerja sosial di Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Thye Hua Kwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >