Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah eksekutif firma tenaga Singapura ditangkap CPIB

Dec 06, 2016 | 09:55 AM



SEBUAH syarikat tenaga yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan salah seorang pengarah eksekutifnya telah ditangkap oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



Syarikat itu, Pacific Radiance, berkata Encik Mok Weng Vai ditangkap pada 2 Dis "kerana disyaki berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 6(c) Akta Pencegahan Rasuah"



"Encik Mok Weng Vai belum didakwa di Mahkamah, dan dibebaskan dengan ikat jamin polis pada hari sama," kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada SGX.



"Lembaga ini bagaimanapun tidak dapat memberi butiran lanjut pada masa ini memandangkan lembaga ini difahamkan siasatan CPIB masih berjalan.



"Lembaga ini akan membuat pengumuman tepat pada masanya seperti yang diperlukan bagi memastikan pemegang saham dimaklumkan mengenai sembarang perkembangan berkaitan siasatan yang timbul."



Pada Ogos lalu, Pacific Radiance berkata ia mempunyai "piutang belum terima meragukan" disebabkan pendedahan kepada syarikat marin luar pesisir yang dilanda masalah, Swiber.



Pada masa sama, ia mengumumkan kerugian besar pada suku kedua. Ia mencatat kerugian AS$57.7 juta ($77.5 juta) bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun, berbanding keuntungan AS$2.2 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.



Pacific Radiance memiliki dan mengendalikan kapal luar pesisir serta menyediakan perkhidmatan dasar laut untuk industri tenaga.



Hukuman di bawah Seksyen 6(c) Akta itu ialah denda hingga $100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >