Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah Pusat Bahasa Melayu S'pura bersara

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



PENGARAH Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Encik Mohamed Noh Daipi akan bersara pada 31 Disember ini.



Bakal pengarah MLCS, Cik Norhayati Awang, 43 tahun akan mengambil alih jawatan tersebut mulai 1 Januari depan.



Cik Norhayati merupakan bekas naib pengetua Sekolah Menengah Mayflower sebelum ini.



Encik Noh, 62 tahun, yang telah menerajui pucuk pimpinan MLCS selama 10 tahun sejak penubuhan pusat tersebut pada 2010.



Mengumumkan persaraannya semasa berucap dalam Majlis Ulang Tahun ke-10 MLCS semalam, Encik Noh berkata beliau akan bersara selepas 36 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.



"Saya gembira kerana akan bersara semasa MLCS berada dalam keadaan yang baik berkhidmat untuk guru, pelajar dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu," katanya.



Sebelum menjadi pengarah MLCS, beliau merupakan guru selama enam tahun di antaranya di Maktab Rendah Temasek, sebelum berpindah menjadi Nazir Khas Bahasa Melayu dan Pegawai Kurikulum dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum.



Di bawah pucuk pimpinan Encik Noh, MLCS telah menawarkan kursus-kursus yang amat relevan dan terkini setanding dengan pedagogi yang dijalankan subjek lain seperti Amalan Pengajaran Singapura, Pengajaran Pembezaan, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Penilaian Formatif.



"Adalah penting untuk memastikan pengetahuan para guru Melayu kita sealiran dengan pedagogi yang digunakan oleh guru yang mengajar subjek lain.



"Jika tidak, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan ketinggalan," jelasnya.



Semasa tempoh pemutus litar akibat jangkitan Covid-19 tahun ini juga, MLCS kata Encik Noh, telah menyokong guru dalam menawarkan sumber pembelajaran dari rumah (HBL).



MLCS telah menyediakan 12 bahan interaktif dan 185 bahan dalam bentuk PDF yang dimuatnaikkan di Ruang Pembelajaran Pelajar.



Selain itu, sembilan tajuk kursus yang sebahagian besarnya berkaitan dengan SkillsFuture Bagi Pendidik telah dilaksanakan dalam 21 sesi yang melibatkan lebih 900 guru peserta.



Di samping itu, acara MLCS, iaitu Seminar Bahasa Melayu sering menarik minat ramai para guru dengan penglibatan lebih 390 guru pada Mac tahun ini, termasuk sekitar 125 yang membentangkan kertas kajian mereka.



Sejak 2011 juga, seramai 125 guru bahasa Melayu telah membentangkan kertas kajian mereka di 31 sidang serantau.



Ditanya tentang harapan masa depannya bagi MLCS, Encik Noh berkata:



"Saya berharap MLCS dan para guru akan terus bekerjasama dalam aspek pedagogi dan sumber berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), agar ia dapat terus dibangunkan di Singapura."



Sementara itu, Cik Norhayati juga berkata beliau akan meneruskan usaha baik yang telah dijalankan oleh MLCS selama ini.



"Kami akan terus menyokong dan melengkapi para guru dengan kemahiran bagi melaksanakan pembelajaran sebati," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >